Posts

SELAMAT HARI RAYA 2018

assalamualaikum dan salam sejahtera... tahun baru dengan imej baru. hampir setahun saya tinggalkan medan blogging, sebab masa yang amat-amat terhad. (betul ke tak bahasa 'amat-amat' tu.erk.)  sebelum terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat yang tersinggah di laman saya ini. sepanjang beberapa tahun terlibat dengan bidang pengajaran berkonsepkan 'hometuition' ini pelbagai dugaan dan cabaran yang saya hadap. hanya mereka yang benar-benar kuat sahaja mampu bertahan. ni bukanlah bermakna saya ni cukut kuat semangat, tapi bidang 'kerja-sendiri' ni amat lah menekan terutamanya jika anda berada di kampung seperti saya. kenapa? sebab anda kena ready menghadapi makcik bawang. erk. tapi, percayalah, selagi kita ikhlas, rezeki ada di mana-mana.  lagipun siapa yang percaya, bina kerjaya sebagai hometutor ni mampu meraih pendapatan lumayan dengan masa yang fleksible? hanya yang mengalaminya yang akan tahu. 

Aktiviti atau latihan terbaik untuk pelajar?

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : -
Entri 90

Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan saya tinggalkan medan menulis ini, kini mungkin ada sedikit ruang untuk berkongsi idea dengan sahabat2 tutor yang yakin dah nak mulakan karier sebagai seorang pendidik. Karier sebagai hometutor. Saya respek sahabat2 tutor yang memang berjiwa pendidik. saya tahu mesti korang sangat bersemangat dan kadang-kadang ada pelajar yang agak lemah korang akan cuba sehabis daya supaya dia tak ketinggalan.

Sedikit perkongsian saya ada mempunyai pelajar yang sudah di Tahun 3 tapi tak mampu membaca. Sampaikan saya terpaksa bagi latihan yang sama level dengan pelajar Tahun 1 atau Tahun 2. Kadang-kadang risau juga memikirkan apa yang bakal saya hadap bila parent tanya tentang progress atau latihan yang saya berikan. Tapi saya nekad untuk terus bagi latihan ikut level dia. Bukan level Tahun 3. Akhirnya, saya beranikan diri juga berjumpa ibu pelajar berkenaan dan suarakan tentang worksheet yang saya berikan. Alhamdulillah,  be…

Kelas Intensif Musim Cuti Sekolah 2017

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 89

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hampir setengah tahun saya tidak bersiaran. Apa planning sahabat tutor semua hujung tahun kali ini? Saya dah buka pendaftaran untuk Kelas Intensif Akademik dan Al-Quran. Kalau ada yang berada di kawasan berdekatan bolehlah singgah kat kelas nanti.


Secara kasarnya jadual kelas dah ada. Boleh hubungi saya untuk maklumat ya bagi yang berdekatan dengan bachok, Kelantan. Terima kasih. Semoga terus sukses semua sahabat tutor. 

You Can!

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 88

Alhamdulillah. Sekarang diari harian saya memang tak menentu. Masih lagi diberi peluang untuk menguruskan tuisyen. Sekarang, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 8.30 saya akan mulakan kelas latih tubi sekolah rendah selama 2 jam. Setakat ni saya memang 'handle' sendiri bersama seorang pembantu.  Sekarang, saya buka kelas untuk sekolah rendah bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan jumlah pelajar untuk satu sesi 20 orang, saya cuba yang terbaik. Kali ini agak mencabar kerana saya berhadapan dengan jumlah yang agak besar dan mereka berbeza tahap. Ada yang masih tak mampu membaca.  Saya letakkan dalam kelas yang sama sahaja kali ini. Cuma bagi pelajar tahap 1, iaitu murid Tahun 1,2 dan 3 saya letakkan dalam kumpulan kecil di belakang kelas dan di selia oleh seorang pembantu. Saya pula akan bergilir-gilir ke Tahap 1 dan Tahap 2. Sebolehnya setiap pelajar harus dipantau. leh sebab itulah saya cuba hadkan bilangan pelajar. J…

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 87 Assalamualaikum wbt. 2017. Sudah masuk bulan ketiga 2017. Lama sudah rupanya saya biarkan blog ni. Apa cerita projek hometuition sahabat semua? Semoga baik2 saja. Alhamdlillah, tuisyen saya pun baik-baik saja. Tahun baru dengan harapan baru. Saya tahu semakin ramai yang memulakan bisnes hometuition ni. Terutamanya pelajar2 universiti. Alhamdlillah, pertambahan positif ni bagus tapi betulkan niat ya..jangan semata2 kerana wang. Tapi cuba ikhlaskan sdikit hati barulah ada keberkatan. Sekadar mengingatkan diri sendiri yang kadang2 pun selalu lupa. Oh ya, modul tuisyen saya in progress. Harapannya sempat siap sebelum hari raya. Cabaran betul nak siapkan modul ni. 'Lappy' pun dan semakin tenat2. Harap saya mampu siapkan modul tersebut. Berdasarkan pengalaman yg sedikit cuma beserta kajian melihat prestasi pelajar bila belajar di sekolah atau belajar secara 'berkonsepkan rumah' saya berpendapat, cara 'homey' lebih dekat…

Tutor mesti cikgu sekolah ke?

Teks : Faizah Yusoff
Foto : Tiada
Entri 86

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas saya bertemu seorang klien (ibu kepada seorang pelajar). Dia menghubungi saya untuk bertanyakan tentang tuisyen individu. Sebenarnya isu ini memang akan ditanyakan oleh klien sama ada anda sebagai tutor mampu mengajar dengan baik atau tak. Terutamanya terang-terangan anda bukanlah seorang guru sekolah. Bahkan mungkin ada yang tak pernah langsung ada pengalaman.  Jangan cepat melenting jika berhadapan dengan soalan ini. Saya tahu, ada orang merasakan kredibiliti tergugat dan macam 'down' sedikit semangat bila ada yang tanya soalan ni.
Jawapan saya mudah sahaja : Puan, ada beza cikgu sekolah yang mengajar atau tutor yang memang minat mengajar yang kami hantar.  Pertama, cikgu sekolah kebanyakannya lebih fokus pada peperiksaan dan ajar ikut skema jawapan yang dikehendaki pemeriksa. Ini sangat bagus. Berbanding tutor yang mengajar yang memang minat mendalam untuk mengajar. Dia lebih fokus kepada teknik mu…

CARA TANGANI STRESS

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
Entri 85

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai situasi yang seakan menekan dan tiada jalan penyelesaian.
Minda positif ada mengatakan, tekanan tu bukan apa-apa, sekadar datang menguji kekuatan hati. Hadapi dengan redha. Tapi mampukah kita meletakkan minda positif di hadapan setiap hari? Walaupun jauh di sudut hati kita sedar bahawa hidup tanpa ujian adalah tiada erti.

Macam mana caranya nak menangani stress? Penerimaan seseorang individu terhadap 'stress' ni sebenarnya tak sama, Ada orang bergaduh dengan rakan sekerja pun satu tekanan. Dan ada orang, kucing jiran masuk rumah pun satu benda yang menekan. Ia bergantung kepada kita untuk menghadapinya.
Baiklah di sini saya kongsikan beberapa cara mudah nak rasionalkan balik emosi dan perasaan kita bila kita stress.
1. Ambil pendekatan untuk duduk sekejap dan tarik nafas dalam-dalam. Istighfar dalam hati buat yang muslim.
2. Tengok cermin. Muka stress memang tak cantik/hensem. Pandang w…