Posts

Showing posts from 2015

JAYYID JIDDAN! ALHAMDULILLAH.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 63

Hari ini 30 Disember, adik saya satu-satunya pergi sekolah ambil keputusan peperiksaan. Di Kelantan, konsep pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat agak berbeza dengan sekolah biasa. Adik saya bersekolah di Maahad yang merupakan sekolah agama rakyat di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Kelantan. 
Di Maahad atau sekolah agama rakyat yang lain, subjek yang diajar adalah lebih banyka berbanding di sekolah menengah biasa. Antara subjek lain yang kami pelajari ialah Tafsir, Hadis, Al- Qur'an, Sirah, Nahu, Soraf, Tauhid, Feqah, Adab Nusus, dan banyak lagi. Teknik yang utama untuk subjek-subjek ini ialah menggunakan teknik faham dan hafal. Bunyi macam banyak tapi semua subjek-subjek ini memang sangat seronok untuk dipelajari. Alhamdulillah. Sungguh, kadang-kadang hati saya terasa rindu dengan zaman-zaman hafal menghafal.
Hari ini adik saya ke sekolah menerima keputusan SMU. SMU atau Sijil Menengah Ugama adalah wajib diduduki oleh pela…

2016 is coming...

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 62

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghirup udara dan melihat alam ciptaan Tuhan Yang Satu.
Bagaimana dengan perancangan tahun baru kalian?  Sudah mula menyiapkan senarai pencapaian terbaik 2015 dalam hidup kalian atau sudah menyiapkan senarai apa yang harus dicapai di tahun akan datang?

Hometuition saya sudah mula diterima di kampung saya. Saya harap legasi kecil ini terus bersambung dan tersebar dalam usaha membantu pelajar-pelajar di kampung celik akan kepentingan ilmu. Bukanlah mengatakan pelajar di kampung itu tergolong dalam golongan pelajar lemah. Bahkan kadang-kadang mereka pula lebih bijak dan hebat. Maksud saya, kadang-kadang mereka tidak berjumpa orang yang boleh menunjukkan jalan. Rata-rata pelajar yang saya terima setakat hujung tahun 2015 ini, mereka mengatakan tidak sempat mengejar apabila guru mengajar di kelas. Pergi ke pusat tuisyen, rakan-rakan yang lain sudah je…

DOA

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 61

Jangan dipisahkan hati kita dengan doa. Mulakan setiap pekerjaan dengan doa. Hari ini ringan tangan saya ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua tentang senjata rahsia yang satu ini. DOA. Mulakan kelas anda dengan doa supaya mudah pelajar menerima setiap pelajaran, fasih lidahnya menyebut pembacaan, terang hati untuk mengingat pelajaran, jelas sebutan kita untuk mengajarkan ilmu Tuhan.
Bismillah...

Semoga bermanfaat.

KELAS MALAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

TEKS: Faizah Yusoff
#Entri 60

Beberapa minggu yang agak panjang untuk saya tempuh. Tapi saya tetap akan meneruskan penulisan di medan blog ini. 
Semalam saya buka kelas di rumah, bersama tiga orang pelajar lelaki peringkat SPM dua orang dan PT2 seorang. Saya yakin untuk buat kelas mereka dalam satu sesi yang sama mereka bukanlah dalam kalangan pelajar yang lemah kritikal. Lagipun kelas mereka hanya berbentuk kelas pembelajaran asas yang mana saya mengajar semula apa yang mereka belajar di Tingkatan 1,2 dan 3 yang akan dibangkitkan kembali di peringkat SPM. **Kelas campur sebegini adalah tidak digalakkan buat tutor yang baru ya, sebab agak sukar dikawal. Bukanlah bermakna saya sudah mahir dan berpengalaman benar, tetapi dalam kelas saya, saya akan melihat tahap pencapaian mereka dan apa yang ibubapa mahukan. Macam kelas ini, ibubapa mahukan anak mereka belajar berkumpulan asalkan mereka tahu apa yang mereka belajar dan jelas arahan saya pada mereka.
Tiba-tiba saya menjadi ustazah pula …

PUPUK MINAT MEMBACA

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 59

Membaca. Saya pernah mempunyai seorang pelajar Tahun 3 yang sangat petah dan bijak. Selama hampir setahun saya mengenali keluarga ini. Rumahnya berdekatan dengan sebuah sungai kecil memang menenangkan jiwa tiap kali saya ke sana. Keluarga yang sempurna di mata saya. Alhamdulillah.  Baiklah, bukan itu yang saya nak kongsikan di sini. Tetapi satu 'tabiat' keluarga ini yang buat saya bangga mengenali mereka menjadi seorang daripada kenalan keluarga ini.
Tabiat membaca. Mereka berkongsi minat membaca. *Tips untuk ibubapa yang mahu anak-anak bijak semulajadi*
Saya suka untuk berkongsi di sini walaupun ramai orang tahu membaca tu satu tabiat yang sangat baik dan menyeronokkan dan boleh dipupuk dari kecil tapi berapa ramai yang menganggap ia sebagai satu perkara untuk diamalkan bila berkeluarga kelak.  Keluarga ini mempunyai sebuah perpustakaan mini di rumah mereka. Mungkin boleh dikatakan kerana mereka mampu. Tapi walaupun tanpa mini …

ISU PELAJAR 1 : KELIRU.

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 58

? ? ? Semasa menuntut di sekolah menengah, saya memang pernah belajar di pusat tuisyen yang lebih 5km dari rumah. Pada masa tu, sekitar tahun 2007, memang tak banyak pusat tuisyen berbanding dengan hari ini. Bila diingat balik, macam terasa rajin juga rupanya saya dahulu ya. Hehe. Sekarang, tak sampai 15 minit perjalanan mesti akan nampak papan tanda pusat tuisyen. Tapi kenapa hometuition juga yang jadi pilihan walaupun tak semua yang kenal istilah 'hometutor' ini?

Sebab paling utama ialah bila kelas penuh memang cikgu tak dapat beri tumpuan kepada setiap pelajar. Dan yang agak 'lambat' akan ditinggalkan terkial-kial. Terutamanya bila awak memang jenis pelajar 'tiada mulut'. Istilah 'tiada mulut' di sini bermaksud tak suka menonjol dan tak banyak bertanya di dalam kelas tak kisah lah tanya pada guru atau pada rakan.
Sebab kecilnya, memang cara penyampaian yang cikgu gunakan tidak berkesan pada pelajar tersebut. Mungkin terlal…

DISEMBER.

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 57

Disember datang lagi. Sudah hampir ke pertengahan Disember rupanya. Tentang kelas hometuition saya, alhamdulillah masih berjalan seperti biasa. Malah saya telah menerima seorang pelajar baru lagi. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Bagaimana dengan kelas sahabat semua?

Kalau anda seorang surirumah, dan sekarang sedang balik bercuti, boleh sahaja tangguhkan kelas sementara mahu pulang ke desa halaman. Hanya memerlukan persetujuan daripada ibubapa pelajar sahaja. Itulah majikan sementara kita. Majikan yang biasanya mudah untuk dibawa berbincang dan sangat mudah untuk mendapat cuti. Bestkan kerja macam ni?
Kawan-kawan saya yang kerja ikut masa pejabat selalu kata, "nampaknya aku pun nak kerja macam kau lah".
Saya katakan pada mereka, "kalau tak cukup tabah sila mulakan kerja ini sebagai separuh masa sahaja. Bukan mahu menurunkan persen semangat mereka, sekadar nasihat untuk permulaan baiklah jangan cepat buat keputusan untuk berhenti …

MENYESALKAH MENJADI TUTOR?

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 56

Waktu lapang terasa sangat terhad beberapa hari ini. Buka blog tak sempat menaip menulis entri dah kena keluar pergi situ sini. Almaklumlah 'orang penting' kat rumah ni. Insya'allah saya akan terus gigihkan hati berkongsi pandangan dan pengalaman menjadi hometutor selama ini. Walaupun tak seberapa tapi mungkin ada cikgu tuisyen di luar sana yang berhadapan dengan situasi yang sama dan akhirnya sampai terasa 'tersalah' memilih kerjaya sebagai cikgu tuisyen ini. **Harap tak adalah sampai menyesal.

Baiklah, saya pernah mengalami situasi di mana terasa ''hai lah menyesal pulak aku terima kelas ni, dah lah pelajar ni susah nak handle, mak pulak suka ikut kepala sendiri, asal pergi kelas kat rumah dia ja, rasa tension, asal pegi je rasa nak tension!''
Ini monolog dalaman orang kerja mengajar tuisyen yang paling lama dua jam.

''Hai lah, hujan lah pulak pagi ni, kenapa la bos ni tak pegi outstation ja hari ni? Bolehlah…

AWAK ORANG BIJAK, TAKPE LAH... SAYA???

Teks : Faizah Yusoff
#Entri 55

Isu terkini pelajar yang mendapat keputusan tercorot ialah : saya bukan pelajar pintar! Kononnya, walaupun mencuba sedaya upaya siang dan malam belajar, masih juga mendapat keputusan sederhana atau lulus 'cukup-cukup makan' sahaja. Perbahasan tentang isu ini memang tak akan pernah habis dan ini sebenarnya menunjukkan kejahilan dan perasaan rendah diri yang terlampau oleh seseorang yang bergelar penuntut ilmu. Ini antara isu yang selalu saya jumpa bila berhadapan dengan pelajar sekolah menengah. Diulangi, pelajar sekolah menengah. Mungkin kerana pelajar sekolah rendah, mereka lebih memikirkan tentang bermain dan komitmen sedikit sahaja tentang pelajaran berbanding pelajar sekolah menengah.  Hal ini bila saya perhatikan, adalah berpunca daripada persekitaran dan perkembangan minda pelajar. Apabila mula menginjak ke usia remaja, mereka mula memikirkan komen orang lain tentang diri mereka. Mula pandai menilai diri sendiri dan memerhati persekitaran m…

SAYA PELAJAR HEBAT!

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 54


Hari ini niat di hati ingin berkongsi semangat belajar bersama para pelajar. Mungkin sahabat semua bolehlah menyampaikan secebis ingatan ini buat para pelajar sahabat semua. Kadang-kadang ada pelajar yang sangat mudah berputus asa, terutamanya apabila sering gagal walaupun belajar sama saja dengan rakan-rakan yang lain. Isu ini memang akan selalu timbul dan acap kali mereka yang bergelar 'guru' akan jumpa. Bila jumpa guru di sekolah biasanya mereka lebih kepada nasihat secara umum, tapi buat hometutor, pastinya anda lebih dekat dengan pelajar. Sentuh jiwa remaja mereka secara halus insya'allah sampai mesejnya.
Ramai pelajar merasakan mereka ini lembap, tidak pandai macam orang itu orang ini. Berasa rendah diri bila sering dibanding-bandingkan terutama oleh ahli keluarga terdekat apabila keputusan lebih tercorot berbanding si kakak atau abang. Memang situasi ini seringkali dan sentiasa terjadi. Sampaikan mereka merasakan &…

Hai Tutors...

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 53

Assalamualaikum, banyak lagi rasanya saya perlu kemaskini blog saya ini, buat kemudahan tutor dan rujukan pelajar juga ibu bapa. Oh ya, hari ini saya nak berkongsi maklumat buat tutor-tutor atau cikgu tuisyen yang baru hendak memulakan langkah belajar mengajar. Saya tahu, hari ini sudah semakin ramai orang menjadi hometutor sebagai satu platform untuk menjana wang sampingan. Almaklumlah semua barang keperluan dah melonjak naik melepasi tahap kemampuan. Semalam pun semasa saya ke kedai runcit berbekalkan RM3 dah tak boleh dapatkan mee kuning Cap Sampan tu, rupanya RM1.20 sepeket, sedangkan sebelum ini RM1 saja. Okey, tu cerita semalam.

Hari ini, saya nak buka sedikit minda kita dengan merujuk beberapa website tentang hometuition, saya kongsikan khas untuk anda tenaga pengajar hebat. Tak payah fikir macam mana nak berpromosi dah, sebab dah ada inisiatif orang tengah sebagai alat untuk memperkenal cikgu tuisyen dengan klien (ibubapa) di alam maya ini.

Perta…

SAMBUNGAN SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 52

Sambungan coretan semalam tentang Program Simposium Tutor Profesional 2015 yang sudah selamat berlangsung selama dua hari bertempat di UKM, Bangi. Ini adalah antara pelopor idea hometuition di Malaysia. Semoga kita semua pun boleh jadi cikgu tuisyen hebat juga selepas ini Insya'Allah.
Di bawah ini saya kongsikan gambar sekitar program ini. Walaupun tak dapat menghadirkan diri dalam kursus hebat ini, bersama mereka yang hebat, semoga kelak mereka akan datang buat program ke tempat kita pula ya!


Dapat tengok dari jauh je lah masteryus orang hebat hometuition ni. Harap berkesempatan bekerjasama dengan mereka yang hebat ini.

PROGRAM TUTOR PROFESIONAL

Image
FOTO : Carian Google #Entri 51



SIMPOSIUM TUTOR PROFFESIONAL hari ini... Terlambat sudah. Mungkin program selepas ini saya boleh war-warkan di sini.

DEFINISI KEJAYAAN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 50

Sudah tentu inilah definisi kejayaan yang kerapkali kebanyakan orang akan fikirkan. Dan ya, termasuk kita juga sebenarnya sama ada kita sedar atau tak sedar.
"Anak aku dapat 8A PMR, anak kau dapat berapa?"
"Aku tak pandai sekolah macam kau, aku dapat 1A je UPSR, tak hebat macam kau, dapat 5A"
"Lepas ni kerja Kolumpu la anak makcik, sebab dah habis universiti" "Leman sekarang jadi petani jer, tak macam anak kau Syarif kerja bank"
Dialog yang selalu kita dengar dan memang kita akan sentiasa jumpa. Dan mungkin kita pun pernah berkata begini. Buat yang bergelar pelajar pula, selalu rungsing bila berhadapan dengan pepriksaan atau ujian. Selepas ujian mesti terpaksa berhadapan dengan keputusan pula. Bahkan menjadi satu tekanan bila ibu bapa dan orang sekeliling memang mengharapkan kejayaan serangkai A yang tersusun cantik di atas kertas keputusan peperiksaan.
Memang tak dapat dinafikan, masyarakat ki…

ISTIQAMAH.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 49

Alhamdulillah, masih diberi peluang bercerita dan berkongsi pengalaman menjadi hometutor. Akhir-akhir ini saya asyik terselang satu hari bila nak memuatkan entri. Agak terbatas waktu untuk bersama 'lappy' kesayangan saya. Hai, macam mana lah nak maju ni Faizah oi... Sebenarnya berat juga ya istiqomah ni. Saya selalu bercita-cita nak selalu buat tahajjud, selalu baca al-Qur'an, selalu mengamalkan ma'thurat pagi dan petang tapi selalunya memang tak kekal. Akhirnya, jadi kelaut saja. Lepas tu ulang balik perkara yang sama, bercita-cita dan mulai buat dan akhirnya bila dah terlepas satu hari, semangat pun pudar.
Sekarang saya kena istiqomah dalam apa yang saya ingin capai pula. Kenapa saya bersama kumpulan sokongan ABDR ini. Sebab saya sedang bersama sebuah kumpulan yang hebat. Dan saya mahu hebat seperti mereka juga. Semoga saya terus istiqomah dalam usaha kecil ini. Usaha untuk terus menulis dan menulis tanpa jemu berko…

TIPS BERHADAPAN DENGAN PELAJAR

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 48

Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana mahu berlembut tetapi tegas dengan pelajar. Memang sukar mahu menjadi orang yang pelajar percaya dan hormat dalam masa yang sama mereka boleh menjadikan kita sebagai 'kawan'. Inilah disebut sebagai membina 'rapport'.
Saya akan ceritakan serba sedikit cara atau tips tetapi bukan dalam bentuk senarai. **Sebab nanti takboleh cerita panjang**

Kelas pertama sekali yang paling penting. Biar pelajar kenal anda sebagai cikgu yang lembut dan baik tetapi jangan sampai 'pijak kepala' maksud saya baik sangat. Mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan hometutor yang lain, biasanya kelas pertama pelajar akan menjadi agak pasif dan mendengar kata. Sekiranya anda mendapat pelajar yang memang 'hyperaktif' jangan sesekali benarkan mereka menyentuh barang-barang anda!
Pernah terjadi, seorang rakan saya yang memang jenis sopan dan lemah lembut, pergi mengajar dan mendapat pelajar yang agak aktif. P…

SEMALAM...

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 47

Saya turun dari rumah untuk ke kelas jam 10 pagi semalam. Kelas pelajar SPM saya. Agak lewat saya sampai, jalan agak sesak mungkin sebab hujan, ramai oerang guna kereta untuk ke destinasi. Termasuk saya. Musim tengkujuh telah tiba. Ya, pada musim inilah saya telah terlahir ke dunia ini. Kadang-kadang terfikir di minda, sudah lebih 20 tahun saya hidup, mengecapi keindahan dunia yang fana, tapi apa saya buat untuk bangsa dan agama saya?
Bila mengingatkan ini, hati selalu terasa syahdu... Cepat sungguh masa, sedangkan saya sendiri lupa sampai di usia berapakah janji saya pada Sang Pencipta.

Semalam selepas selesai kelas, saya ke rumah sahabat baik saya. Kami bercadang mahu melawat ayah seorang rakan yang sedang terlantar di hospital. Tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab masa yang terbatas. Ya lah, masa melawat di hospital sudah berlalu. Kami pun terus ke rumah seorang sahabat lama yang baru mendapat cahaya mata. Alhamdulillah. rezeki sahabat saya, punyai …

MENGAJAR GUNA TEKNIK NABI

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 46

Hadis Qudsi: " Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan  nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka...." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut kumpulan Psikologi Hadis, terdapat 3 kaedah atau teknik cara mendidik mengikut teknik Nabi S.A.W, 1. Pilih 1 tindakan 2. Puji tindakan 3. Sebut impak atau kesannya
Ringkasnya, pilih satu kebaikan pelajar, puji tindakannya dan ceritakan kesan apakah yang akan diperoleh. Mudah kan? Tips ini tak semestinya digunakan untuk mendidik pelajar, ibubapa juga boleh menggunakan kaedah kembar tiga ini.  Begitu juga sekiranya anak atau pelajar melakukan kesilapan. Guru boleh menegur tetapi mesti 'slow-talk' semula kenapa cikgu marah atau menegur kesalahan pelajar tadi dan apa kesannya sekiranya dia ter…

KELEBIHAN MENJADI HOMETUTOR?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 45

Di akhir-akhir tahun ini, semangat bercuti sudah mula berkobar-kobar di hati. Kadang-kadang macam terlupa pula bahawa kita ni kerja sebagai tutor, hari-hari pun cuti sebenarnya. Ya lah orang lain kerja 8 jam berumah di pejabat, kita selamba saja kerja 2 jam sambil singgah Mydin beli barang dapur. Nikmat kerja sendiri yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.


Saya sebenarnya memang terlahir dalam keluarga cigu cikgi. Mula dengan nenek saya sebagai cikgu mengaji al-qur'an, ayah saya pun cikgu fardhu ain, kakak abang bapa saudara, pendek kata memang ramai sepupu sepapat dalam keluarga terdekat saya terdiri dari pada cikgu. Sebab itulah saya sedikit sebanyak terbias dengan bayangan mereka. Asal jumpa saya, mesti orang tanya mak saya ''yang ini mengajar kat mana?''
Sabar sajalah hati. Boleh jawab dalam hati : Saya mengajar sendiri-sendiri.

Terasa mahu bercerita tentang istimewanya memilih kerjaya sebaga…

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN vs AKHIR TAHUN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 44

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Itu sahaja yang terucap bila mendapat pesanan whatsapp daripada pelajar saya yang mendapat 5A dalam UPSR 2015. Saya mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu selama dua tahun di rumahnya. Sekarang saya mengajar si adik pula yang bakal menduduki UPSR tahun hadapan.
Alhamdulillah.
Walaupun bukanlah usaha saya sepenuhnya mengajar pelajar ini, tapi saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanannya mendapat kejayaan ini. Tahniah.
Pelajar saya yang Tahun 5 juga sudah mendapat keputusannya. Si ibu menghantar pesanan di whatsapp mengucapkan terima kasih. Saya mengajar pelajar ini bermula November 2014 sehingga sekarang. Alhamdulilllah, kata ibunya ada peningkatan. Sebabnya, sebelum ini memang langsung taknak belajar di rumah tapi dengan kehadiran 'cikgu' ke rumah dia lebih bersemangat. Akhirnya keputusannya pun menunjukkan skala menaik juga. Alhamdulillah.

Setiap kali akhir…

CIKGU SAYANG PELAJAR CIKGU.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 43

Petang ni terasa nak kongsikan gambar pelajar-pelajar sayalah. Bagi naik sikit semangat kita yang kadang-kadang kian menjunam. Bukan apa masalah semangat menjunam ni, cuma mainan perasaan. Kadang-kadang, bila jumpa kawan lama yang sekarang tengah menjadi doktor ke cikgu terasa lah kerdilnya diri. Tapi bila kawan cerita, kerja penat nak balik cuti susah, maka bolehlah senyum lebar sedikit sebab itu kelebihan pada kita yang bekerja sendiri. Alhamdulillah a'la kulli hal...







Gambar-gambar ini saya sempat ambil semasa mereka sedang syok menulis. Saya tak syorkan anda main tekan-tekan fon semasa mengajar ya, untuk sekadar ambil gambar buat kenangan dan simpanan tu tak mengapa. Jangan pula syok selamba main whatsapp semasa sesi pembelajaran berlangsung. Cari keberkatan dalam setiap pekerjaan ya kawan-kawan. Ini sebahagian daripada pelajar saya yang pernah saya ajar dan sebenarnya masih lagi saya ajar. Oh ya gambar pelajar sekolah menenga…

IBU AYAH, RESTULAH SAYA...

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Faizah Yusoff #Entri 42
Selamat pagi semua. Rasa macam tak sangka sudah sebulan lebih saya belajar untuk konsisten menulis. Walau ada juga hari yang kadang-kadang tak mampu cerna idea, tapi saya tetap cuba. Ini yang saya mahu buat. Kenapa saya nak sia-siakan peluang yang memang sudah berada di sepan mata? Cikgu tuisyen. Adakah satu kerjaya yang boleh dibuat kerjaya? Hari ini saya ingin tanyakan soalan ini sebgai semacam kajian kes untuk mengenal diri sendiri.  Sebenarnya ramai yang rasa ''saya nak kerja tetap". Pilihan atau niat yang utama mesti mahukan kerja yang 'secured' seperti tak lain dan tak bukan kerja 'goverment' yang mana memang setiap bulan pasti masuk gaji. Takpayah pening-pening. Cuba tanya mak ayah kita. Agak2 berapa kerat yang bagi korang pilih kerjaya sebagai cikgu tuisyen? Macam tak ada kan dan hampir tak ada langsung saya rasa.
Baiklah, ini tips macam mana nak teruskan kerjaya menjadi cikgu tuisyen. Sebab ap…

FORMULA MATEMATIK.

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Facebook #Entri 41
Hari ini pelajar SPM menduduki peperiksaan Matematik. Buat yang bakal menduduki SPM tahun depan (termasuk adik saya) bolehlah mulai jenguk-jenguk buku balik ya. Di bawah ini antara cara-cara memancing minat dan rasa nak belajar Matematik dengan cara yang tidak membosankan. Sebenarnya, matematik bukanlah subjek yang membosankan cuma pelajar kerap lupa formula yang menyebabkan mereka cepat putus asa. Buat yang ada akaun Facebook jom jenguk-jenguk formula di page Formula Hikmat daripada Kipas Hikmat Yang imej warna warni kat bawah sana tu pula daripada page KapurPuteh Nanti boleh lah tengok-tengok ya yang mana memudahkan pelajar anda faham cepat atau menarik untuk dikongsi bersama pelajar anda.












Semoga bermanfaat! =)

PENERANGAN TENTANG POSITIF & NEGATIF

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 40

Apa itu negatif positif? cikgu kat sekolah kata negatif positif ni adalah caj..ada caj positif ada caj negatif. Contohnya cuba awak tengok kat bateri remote tv ke jam ke..kan ade tulis -ve dan +ve tu. Okey, faham...cuma kurang jelas. Ni penerangan masa sekolah rendah zaman 90-an kot.

Kita pon bawak la fahaman ni sampai ke dah besar remaja. Dan masuk kelas cikgu Matematik Tingkatan 1, oke jumpa lagi...-.....+...... Okey, mind set kita is battery. Tetapi apa pasal plak tajuknya Integer? Grrrr Cikgu tipu! Ini tidak adil! Cikgu pun cakap," integer ini merupakan susunan nombor.blablabla  Tapi jangan risau, awak semua takpayah pening kepala... Hafal ja formula ni" :::

positif x positif = positif negatif x negatif = positif positif x negatif = negatif negatif x positif = negatif
OK.DONE...jangan tanya saya lagi, sila buat latihan. Kelas dismiss.
Oh no!!! When I grew up, I found something more more more answerable than all that fishy answer.…

SIBUK SANGAT KE CIKGU TUISYEN?

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 39


Hujan. Sekarang memang musim hujan. Cuma hujannya turun tak menentu. Kadang-kadang malam, kadang-kadang pagi sahaja. Hari Jumaat semalam saya turun dari rumah untuk ke rumah pelajar hari cerah terang. Usai sesi pembelajaran, hujan turun renyai-renyai. Berlari si pelajar saya si Mukhlis yang rajin, pergi ambilkan topi keledar yang saya letakkan di atas meja batu depan rumahnya. Katanya, nanti topi cikgu basah. Hai la pelajar, semoga awak menjadi anak soleh ya. Marah cikgu pada awak sebab cikgu sayang. Tak mahu awak jadi anak yang biadap. Saya tersenyum sendiri bila mengingatkan seorang demi seorang pelajar yang saya pernah tegur setiap kesilapan mereka sama ada secara tegas atau lembut. *Saya kadang-kadnag agak tegas sampai ada pelajar cakap :"bila besar saya nak jadi askar sebab nak tembak cikgu pasal cikgu suka bagi kerja banyak sangat".Sangat kelakar.
Hari ini, saya ke kelas pada waktu pagi, kelas tuisyen pelajar SPM. Kelas terakhir kerana es…

IDEA PENGURUSAN HOMETUITION

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 38Bagaimana mahu bantu orang lain dengan tuisyen? Sebelum ini saya juga seperti orang lain, fikir apa yang ada di depan mata saja. Pendek kata, saya nampak rezeki tu ialah dapat duit semata. Cetek sungguh rasanya minda bila ingat balik. Padahal nikmat kesihatan nikmat makan minum jua adalah termasuk dalam rezeki.Kalau ada entri sebelum ini saya bercerita tentang pusat tuisyen, entri kali ini pula saya ingin berkongsi tentang bermula sebagai sebuah syarikat  'hometuition' pula.Baiklah sebenarnya berdaftar sebagai sebuah pusat tuisyen lebih rumit berbanding menjalankan khidmat hometuition. Tetapi kedua-duanya tetap memerlukan komitmen yang berterusan ya.Saya pernah terfikir sampai bila saya akan terus mengajar begini? 10 tahun lagi kah atau hanya 5 tahun lagi? Maka perancangan seterusnya ialah dengan mengupah tutor baru dengan melatih mereka bagaimana berdepan dengan pelajar disamping membantu orang lain bekerja secara separuh masa bagi menjana pendap…

MANISNYA SEBUAH DUGAAN DARI TUHAN

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google #Entri 37 

Pagi tadi saya bangun macam biasa, melalui rutin yang sama. Usai bersarapan saya bersiap-siap untuk keluar. Hari ini saya ada tiga sesi pengajaran, kelas pertama bersama dua beradik tahun 3 dan 5 bermula pukul 9.00 pagi sampai pukul 11.00 pagi. Dari rumah pelajar ini, saya akan ke rumah pelajar SPM, saya mengajar subjek matematik dan sains bagi kelas SPM. Nak dijadikan cerita, saya yang memang pagi turun rumah naik motor, kadang-kadang bawak kereta, tapi pagi tadi keretanya dah lesap, saya pun naiklah motor kesayangan tu. Tengah nak pecut ke rumah pelajar kedua, masa tu dah pukul 11.15 pagi lebih kurang... Tiba-tiba, debammmm!!!! Dah sudah! Saya langgar kereta orang! Haiiiiii! Semua orang pandang dek bunyi kuat saya tampar pintu kereta berkenaan. what should i do???? ohmyyy!!!
 Saya mula-mula nak buat-buat tak tahu tapi macam tak patut la pulak kan, saya pun berhentikan motor kat tepi jalan, tuan punye keta pun dah mu…

MASA.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 36



Sebab utama saya terlibat dengan hometuition ialah masa. Komitmen masa yang sebentar cuma untuk satu sesi pembelajaran. Tapi perkara yang masih dalam penambahbaikan dalam diri saya ialah ketepatan masa. Saya sering ke kelas lewat 5-10 minit. Saya pun tak tahu kenapa saya mesti akan 'drag' sedikit masa untuk sampai ke rumah pelajar walaupun memang laju je saya bersiap-siap. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi lebih baik. Insya'Allah.
Sesiapa yang mengajar hometuition pasti akan meletakkan 'kelebihan' masa yang singkat berbanding bayaran yang diperoleh sebagai satu perkara utama yanag akan diambil kira. Siapa tak suka kerja 2 jam dah boleh dapat pendapatan bersih bermula RM 35 ke atas. Orang lain kerja  RM3 500 kalau dibahagi dengan 30 hari sebulan dapatlah sehari RM 117 lebih kurang, kerja sehari 8 jam. Kadang-kadang lebih juga 8 jam. Dalam RM 15 sahaja sejam.  **Betulkan saya kalau saya salah kira.

Masa me…