Posts

Showing posts from October, 2015

BAGAIMANA KALAU TERLAMBAT?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff #Entri 23
Pagi itu, kelam kabut saya bangun dari tikar sejadah. Rupa-rupanya saya sudah terlewat ke kelas. Masya-Allah! Boleh pula saya tertidur kembali selepas siap solat subuh tadi. Ini gara-gara menonton TV lewat malam la ni. Saya suka menonton bila semua orang dah masuk tidur, cerita yang selalu saya nantikan tidak lain tidak bukan mestilah CSI, siri CSI Cyber di Astro AXN. Selain CSI saya suka menonton Special Victim Units (SVU), Criminal Minds, Blacklist dan terbaru Quantico. Entah dari mana minat menonton siri penyiasatan seperti itu. 
Saya buka langkah untuk mandi dan bersiap-siap ala kadar, cukup untuk menampakkan diri sebagai seorang tutor, sambil tangan laju menaip mesej pesanan ringkas kepada klien berkenaan : Assalamualaikum, kakak. Maaf saya lewat sedikit hari ini. Kalau kakak ada hal, saya gantikan hari lain ya?. *Trett -Mesej Dihantar- Usai bersiap-siap saya mengambil buku-buku yang memang tersedia di dalam beg Scha kesayangan …

SEDEKAH

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 22


Hujan lagi. Alhamdulillah. Seperti biasa, hujan sering membuatkan saya terfikirkan macam-macam. Kadang-kadang saya terfikir apa tujuan saya bersama komuniti ABDR dan objektif saya bersama sahabat-sahabat di akademi ini? padahal bukan saya tak boleh ber'blog' sendiri. Jawapan yang saya peroleh yang lahir dari hati ialah perkongsian.
Sebenarnya kita berkongsi maklumat untuk saling membantu dan menguatkan antara satu sama lain pun dikira sedekah. Skop sedekah bukan sekadar sedekah di tabung masjid atau sedekah pada yang memerlukan. Bagaimana tu? Baiklah contohnya saya bina blog untuk berkongsi maklumat tentang cara nak menjana wang dengan tuisyen. Tak kiralah menjadi cikgu tuisyen di pusat tuisyen atau menjadi tutor dari rumah ke rumah atau menjadi tutor di rumah sendiri. Pelbagai idea yang mampu saya kongsikan yang pernah saya alami sendiri atau daripada perkongsian rakan-rakan tenaga pengajar tuisyen yang saya kenal boleh saya…

SERONOKNYA BELAJAR BAHASA INGGERIS

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 21 Musim tengkujuh sudah mula mengambil alih pantai timur. Terasa ala-ala turun salji dari langit. Sejuk dan menyegarkan. Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik belajar bahasa inggeris buat mereka yang mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik. Suka saya jelaskan di sini, kelas bahasa inggeris memang sangat laku keras. Semacam menjual jamu dah saya ni. Tapi memang ramai ibubapa mahukan anak mereka menguasai bahasa inggeris. Teknik penggunaan warna dan bentuk dalam permainan ini sunguh menarik. Sebenarnya ia merupakan satu teknik yang dijual beribu ringgit ya. Dan rezeki saya apabila diperkenal secara tak langsung dan boleh menggunakan alat bantu mengajar ini.
Ia dikenali sebagai 'fun thinkers' yang diperkenal oleh Grolier. Anda semua pernah dengar tak Grolier ni? Kind of word play by building vocabulary with colours, shapes and letters. Ada dalam 6 peringkat atau '6 levels' kalau tak silap saya d…

KENAPA PELAJAR MESTI TUISYEN?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 20

Mutakhir ini, bidang tuisyen bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada perkara wajib dalam kehidupan pelajar. Bezanya cuma sama ada tuisyen di sekolah atau di pusat-pusat tuisyen atau bersama cikgu peribadi atau disebut sebagai 'tutor'. Saya yakin, dalam kalangan kita yang berminat untuk mengajar secara separuh masa atau sepenuh masa ini mesti masih terfikir kukuhkah bidang ini? Boleh ke bertahan lama? Kalau setakat mengajar dua tiga bulan saja, baik kerja lain saja.
Agaknya, kenapa ibubapa perlu mendapatkan tuisyen untuk anak mereka sedangkan mereka ibu bapa hebat, yang bekerja sebagai doktor, jurutera dan sebagainya.

Jom kita kaji apa sebabnya para pelajar perlu tuisyen.

Masa belajar yang terhad di sekolah.Guru sekolah banyak kerja dan selalu bermesyuarat.Tidak sempat mencerap di dalam kelas, cikgu ajar terlalu lajuBelajar di saat akhir, kena ada latihan tambahan.Jenis di rumah tidak suka belajar, lebih suka belajar bersama…

TIPS HEBAT MENJADI TUTOR HEBAT

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 19


Manusia gemar menyukat meter kejayaan dengan nilai kekayaan. Pada saya, kaya atau miskin, ilmu lah yang paling mahal harganya. Kalau anda takat SPM tapi anda ada ilmu untuk dikongsi bersama yang boleh memberi manfaat pada semua, maka anda adalah seorang yang kaya!
Untuk menjadi guru hebat, anda tidak semestinya ada diploma atau ijazah dalam bidang pendidikan. Jadi guru hebat ialah menjadi diri sendiri.
Bagaimana hendak memulakan langkah menjadi guru hebat?

Mula sahaja dengan subjek yang memang sahabat gemar dan memang sentiasa 'score' sejak dulu.Mohon tahu perkembangan semasa pendidikan di Malaysia. Sekarang kita ada KBAT, i-Think. =)Sentiasa menerjah ke kedai buku untuk semak silibus terbaru dan tahap soalan terbaru ya.Boleh mula buat latihan sekiranya ada tajuk atau silibus yang sahabat kurang menguasai.Sekiranya dengan latihan masih dirasakan tidak menguasai, bolehlah tanya rakan atau cari mentor yang berpengalaman. Biasany…

TIPS MENGHALAU SEMUT

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 18




Beberapa hari ni rumah saya diserang semut. Semut kecil yang suka beratur panjang buat jalan keretapi. Dahlah masuk rumah kita tak diundang, siap main gigit-menggigit lagi. Geram sangat. Akhirnya selamat la saya sembur dengan 'ridsect'. Semua tamat riwayat, kecuali yang tiba-tiba terkeluar barisan sebab tersalah jalan ke apa kan.
Baiklah saya sebenarnya ada sedikit tips mungkin boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat suri rumah kat sini. Tips menghalau semut. Bukan letak gula tinggi-tinggi supaya semut gayat nak panjat ya. Ini tips yang memang 'clinically-tested'. 
RAMAI ORANG TIDAK TAHU!!! Sebenarnya tak ramai suri rumah gemar menggunakan racun perosak (macam saya) untuk menghalau semut di rumah. Terutamanya kalau ada anak kecil. Baiklah, jadi apa patut kita buat?
Saya ingin kongsikan di sini 8 bahan semulajadi penghalau semut yang selamat ditabur di sekitar rumah dan tidak merbahaya kepada anak kecil. Pertama, cuka. M…

HUJAN.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 17

Hujan. Saya suka hujan. Bau selepas hujan selalu mengingatkan saya tentang kisah-kisah di waktu kecil. Ayah saya gemar bercerita sambil tunggu hujan reda. Padahal, hujan memang tak akan reda sebab dah memang musim hujan. Saya akan terbayangkan kopi panas dan ubi kayu rebus. Sungguh. Setiap kali hujan, inilah yang terbayang di minda saya. Kopi. Ubi rebus. Kisah waktu kecil.
Kadang-kadang saya terfikir sendiri, mungkin sebab saya anak musim tengkujuh, sebab itulah saya sangat sukakan hujan. Suka yang bermaksud saya suka suasana hari hujan, saya tak perlu berkejar ke sana ke mari hanya dengan alasan, ''maaf, hari hujan''. Dan minda saya terus menginjak mengingat waktu-waktu kecil. Memang kalau hujan turun, saya akan cuba untuk menghadkan aktiviti keluar rumah. Tapi bergantunglah, kalau ada perkara mustahak, hujan pun kenalah redah. Cuma, bila hujan saya suka sangat berada di rumah, buat-buat bising di dapur, menyakat men…

KELAS TIADA, APA SAYA BUAT?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 16

Assalamualaikum. Hari ini jerebu semakin menjadi-jadi di bumi Kelantan. Saya ke kelas seperti biasa. Walaupun tekak terasa perit, memikirkan sekarang tengah musim peperiksaan, gagahkanlah kudrat yang ada, nanti mungkin ramai yang akan bercuti dan 'hold' tuisyen sekejap. Sebab kebanyakannya akan pergi bercuti. Saya pula apabila pelajar bercuti, saya suka mem' busy' kan diri dengan mengadakan kelas insentif di rumah. Seperti biasa subjek tumpuan saya ialah matematik. Cuti sekolah kali ini mungkin saya akan buka kelas pra-spm untuk tajuk tingkatan 1-3 yang akan ditanya dalam kertas soalan matematik spm nanti. Kenapa perlu ditekan? Kerana pelajar kebanyakannya lemah di peringkat pemahaman konsep. Jadi bila menjawab soalan spm, aturan dan cara jawab agak keliru dan seakan tak tahu apa yang pelajar tahu dan faham dalam soalan tersebut. Saya bercadang untuk membuat kelas secara percuma pada mulanya, tapi bila mengingatkan k…

OH MY CREAM PUFF

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 15



Petang ni kira-kira macam nak buat cream puff. Hari ini 10 Muharram, hari jumaat. Seapatutnya saya ada kelas di Pengkalan Chepa petang ni, tapi saya minta ganti esok insya'allah dek kerana ada tugasan yang perlu saya siapkan petang ini.

Hari ini bangun awal pagi sebab bersahur, rasa rajin nak berpuasa, sambil temankan mak yang turut berpuasa. Pergi ke kelas pukul 9.30 pagi, sesi dua jam pagi tadi. Seusai kelas, saya bertemu rakan yang berminat untuk mencuba coklat lasagne yang saya jual secara kecil-kecilan. Sebenarnya, saya ni suka memasak tapi saya selalu nak buat kerja dengan cepat, dek kerana itulah saya mencari pelbagai cara untuk mempercepat keputusan dalam apa jua yang saya buat. Dan akhirnya tercetuslah idea terhadap penemuan kepada memasak menggunakan tepung segera. Hehe. Dan yang pastinya halalan thoyyiban ya sebab memang saya dah survey kilang dan jumpa pemiliknya sebelum membuat keputusan nak membeli dan menjual baran…

SAYA BELAJAR DARI SEORANG PELAJAR

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 14



Pernah satu ketika semasa di awal-awal saya terlibat dalam 'hometutoring' saya pergi ke rumah pelajar tanpa sebarang persediaan. Saya fikir, mungkin saya masih ingat tajuk SPM. Saya mengajar tuisyen untuk subjek matematik. Wah terasa bangga sangat bila boleh buat pelajar faham konsep mengikut apa yang kita tahu dan belajar selama ini. Terutama sekali jika tanpa rujuk buku. Saya tak tahu kenapa saya cukup 'gemar' pergi ke kelas tanpa persediaan. Saya rasa itu adalah satu cabaran. Sejak dulu saya suka mencabar kebolehan berfikir. Okey, sahabat semua DILARANG MENIRU yang perbuatan saya ini. Dan akhirnya  saya tewas jua. Ada juga rupanya tajuk yang tak tersimpan kemas dalam minda saya. Poin penting ialah sila buat persediaan awal!
Tetapi, apa yang saya buat? Okey, ini yang ingin saya kongsi kepada bakal 'hometutor' sahabat saya, apabila kita buntu, jangan menampakkan diri anda ''hey, saya buntu dan tak tah…

ADAB MENJADI TETAMU

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google #Entri 13

Pagi ini saya ingin menyentuh sedikit isu tentang menjadi seorang tetamu. Sahabat-sahabat, mungkin ada yang kita terlepas pandang apabila kita bertandang ke rumah pelajar atau klien.

Pertama, memberi salam. Hal ini adalah perkara yang sangat umum dan saya yakin memang sudah diketahui umum. Tetapi dalam menjalankan 'hometutoring' ini kita sepatutnya sudah menghubungi tuan rumah dan sememangnya tuan rumah sudah tahu kita akan ke rumah mereka pada waktu sekian-sekian. Maka, cukuplah sekadar memberi salam atau menekan loceng sebanyak 3 kali sahaja. Mungkin boleh diselang-seli ya. Beri salam. Tekan loceng. JANGAN lebih daripada 3 kali. Kalau tuan rumah masih tak sedar kehadiran kita, bolehlah menghubungi mereka.
Ingat, kita adalah orang akademik, orang yang akan mengajar ilmu, bawalah pembawakan seperti orang berilmu.

Kedua, masuk ke dalam rumah HANYA apabila dijemput. Jangan masuk sembarangan. Dan duduk juga setelah dijemput. Peni…

PAHIT KE MANIS?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 12

Saya nak kongsi cerita kenapa saya boleh terus bertahan dalam bidang ini. Bidang yang orang buat secara part-time tapi saya membuat keputusan untuk membuat secara full-time.


Bermula langkah saya sebagai hometutor, tak pernah sebulan pun lagi setakat ini saya menjadi penganggur tanpa sebarang kelas. Sungguh ajaib bidang ini. Paling sedikit saya pernah peroleh ialah RM100 untuk satu bulan. Memang sangat sedikit tapi percaya atau tidak walaupun di musim cuti sekolah, kelas tak pernah putus. Hampir dua tahun saya menjadi hometutor. Alhamdulillah. Dan sedikit pengalaman pahit semasa saya mengajar di bawah satu organisasi hometutor secara berkumpulan. Dek kerana sedikit masalah di pihak pengurusan, sampai hari ini saya tidak memperoleh apa-apa bayaran. Saya membuat keputusan untuk berhenti dan bergerak secara sendiri. 
Pengalaman pertama saya mengajar dua beradik lelaki dan perempuan. Pertama kali saya ke rumah mereka berbekalkan alamat da…

LANGKAH PROMOSI TAHAP PERTAMA

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: Carian Google
#Entri 11

Ya! Sekarang saya tahu ramai yang seakan sudah nampak bayangan untuk menjadi cikgu tusiyen kan? Ada yang terlintas mahu mengajar di rumah ada yang mahu cuba menjejak syarikat atau group hometuition untuk bersama-sama menjadi ahli keluarga besar hometutor. Alhamdulillah. syabas saya ucapkan.

Sekarang, bagaimana nak mulakan langkah promosi?
Baiklah bagi sahabat yang ingin bergerak secara sendiri, saya nasihatkan untuk melakukakan promosi diri lebih sedikit ya. Berbanding yang masuk ke akademi hometuition. Besar bezanya.

Pertama, kalau yang ada modal, bolehlah buat banner atau kain rentang ke apa yang meletakkan nama anda sebagai hometutor. Seperti biasa kalau anda berada di kawasan perumahan di bandar, mungkin ada satu kelebihan kerana bolehlah fikirkan caj yang lebih sedikit. Bonus untuk anda. Sekiranya anda berada di kawasan kampung atau pinggir bandar, suka saya ingin tekankan supaya anda membuat kelas secara berkumpulan. Seakan belaja…

IMAN TURUN NAIK

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: Carian Google
#Entri 10

Seorang sahabat menghubungi saya, ''Aku rasa tak kuat nak teruskan hometuition ni, bila aku sakit, tak boleh pergi kelas, dan bayaran yang aku dapat juga kurang'' Betul. Saya memang tak akan sangkal pernyataan ini. Sebenarnya itulah isunya bila kita bekerja sendiri. No matter what, this is the ''something'' we have to face.
Okey mari kita sambung cerita sahabat ini, saya diam sekejap, terus mendengar luahan hatinya. Saya tahu mungkin dia sedang tertekan dan saya pun kadang-kadang memang ada terfikir semacam ini. Biasalah iman turun naik. Kadang-kadang rasa dah pilih jalan yang betul tapi bila sudah berada di atas jalan tersebut, semacam sedar , eheh ''betul ke jalan yang aku pilih ni''. Ya. iman turun naik. Lepas tu, dia seakan mengeluh. Katanya, kita tak ada pencen. Sampai bila kita nak terus macam ni? Sampai umur 40 tahun? 30 tahun? Betul tu. Saya pun terfikir benda yang sama. Katanya l…

TIPS MELETAKKAN HARGA

TEKS: Faizah Yusoff
#Entri 9

Bagaimana cara terbaik meletakkan harga dalam perusahaan ini. Bagi mereka yang menjadi hometutor di syarikat-syarikat hometuisyen mungkin tiada masalah. Saya percaya, anda hanya perlu pergi interview dan melalui fasa 'mock-teaching' dan sekiranya diterima, maka tunggu dapat kelas dan gaji akan diterima setiap bulan. Bagaimana pula buat sahabat yang bergerak secara sendiri samada solo atau berkumpulan? Bagaimana nak letakkan harga?

Baiklah di sini saya ingin tekankan, harga di ambil mengikut tempat. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kenali tempat tumpuan. Sekiranya di bandar-bandar harga kebiasaanya ialah RM40-RM50 bagi sekolah menengah untuk seorang dan satu sesi. Bergantung sesi anda sejam setengah atau dua jam. Bagi sekolah rendah, biasaya RM30-RM40.
Bagi yang ingin perkenalkan di kawasan luar bandar, saya nasihatkan buatlah hometuisyen secara berkumpulan. Contohnya, anda tumpukan pada perumahan atau rumah-rumah yang berdekatan. Maka…

APA BEZA HOMETUTOR DENGAN CIKGU TUISYEN?

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: faizah Yusoff
#Entri 8

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Masih ada yang kelam kelabu tidak jelas kenapa home-tutor boleh mencapai ribuan sebulan berbanding jadi cikgu tuisyen kat pusat tuisyen. Di sini saya ingin jelaskan kedua-dua bidang adalah sama tapi tidak serupa. Sebelum anda memulakan langkah, anda kena ambil tahu sebab ada sesetengah klien kita (dalam skop hometuition, klien ialah ibu atau ayah pelajar).
Mereka biasanya gemar bertanya kerana mereka melaburkan wang 'lebih' dengan mengupah home-tutor dan selayaknya mereka tahu A ke Z. Ya, dan kita harus ada jawapan bagi setiap soalan mereka. macam interview kerja ibaratnya.

Jom kita kaji apa bezanya hometutor berbanding cikgu tuisyen di pusat tuisyen?

Sebenarnya kedua-duanya disebut cikgu tuisyen! =)



Pertama, kebanyakan cikgu tuisyen ialah cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah kecuali yang mengajar part-time biasanya pelajar universiti yang sedang bercuti. Hometutor pula ada juga yang meng…

SOLAT.SOLAT.SOLAT.

Image
TEKS: Faizah Yusoff.
FOTO: Carian Google.
#Entri 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya ingin menyentuh sedikit tentang isu solat. Mungkin agak lari ''channel'', tapi sebenarnya ini adalah kunci utama dalam mencari kehidupan yang bahagia. Solatlah penjaga terbaik sahabat walau jalan apa yang kita pilih dalam hidup.
Satu kajian telah dijalankan tentang perkaitan solat dengan warna. Subhanallah. Rupa-rupanya setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang mana ia diukur melalui perubahan warna alam!

Okey, jom kita tengok satu persatu.
Waktu Subuh dan spektrum warna biru muda. Apa maknanya? Spektrum warna biru muda ialah bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi ia sebenarnya berkaitan dengan penawar atau rezeki serta komunikasi. Orang yang suka meremeh-remehkan subuh akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Oh ya! rupa-rupanya bermula saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu be…

SAYA BOLEH AJAR SUBJEK APA?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google #Entri 6
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... Soalan yang sering saya terima daripada sahabat-sahabat yang teringin untuk mengajar hometuition tapi masih takut-takut ialah : Saya boleh mengajar subjek apa?
Sahabat, cuba ingat balik apa yang pernah kita belajar di sekolah di kolej dan universiti. Adakah kita belajar sesuatu yang jauh berbeza daripada yang pernah kita belajar di sekolah? Semestinya jawapannya tidak. Kerana di kolej atau universiti, kita tetap belajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Dan subjek-subjek tambahan yang lain. Nah, itulah jawapannya. Dan suka saya mahu ingatkan di sini, kalau tak yakin, mulakan dengan menumpukan pada subjek sekolah rendah.
Tapi, saya memang tak suka subjek matematik. Masa sekolah saya tiru kawan. Hmm, kalau macam tu, sila tanya diri sendiri, saya suka subjek apa ya?  Mesti anda tahu jawapannya.
Seorang sahabat pernah menghubungi saya, beliau seorang pelajar bidang agama dan sangat…

TIPS SEBELUM MEMULAKAN BISNES HOMETUITION

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 5

Dalam setiap kesenangan pasti kita akan bertemu dengan kesusahan. Ingatkan hati untuk sentiasa ikhlas dalam setiap perkara yang akan kita lakukan ya sahabat-sahabat.
Hari ini saya akan kongsikan tips bagaimana untuk kita memulakan langkah dalam menjadi cikgu tuisyen ni.

Pertama, kenali potensi diri.
Macam mana tu? Okey saya bagi contoh, saya seorang pelajar sains, tapi saya boleh mengaji al-qura'an dengan baik dan tahu makhraj sebutan hukum tajwid semua. Maka, saya boleh mengajar mengaji. Disamping subjek sains.

Kedua, kenali hotspot anda.
Hotspot? Apakah? Okey, hotspot kat sini membawa maksud tempat tumpuan anda. Contohnya, saya tinggal di kampung yang mana ramai penduduk kat sini adalah petani dan nelayan. Maka, saya harus bergerak ke tempat yang lebih ramai penduduk yang berkerjaya. Sebab, ramai ibu ayah berkerjaya tak sempat hantar anak ke pusat tuisyen.
Adakah saya tak boleh mengajar anak-anak kampung saya? Bukan. tapi lain c…

BE POSITIVE!

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 4


Petang yang mendamaikan. Saya suka berada di rumah pada waktu petang. Duduk-duduk sambil berbual kosong dengan ibu ayah adik-beradik. Nikmat yang sangat saya syukuri. Duduk di pelantaian rumah (bahagian hadapan rumah) sambil menjamah jemput-jemput atau keropok. Sambil sapu sampah siram pokok bunga sambil tengok-tengokkan si anak saudara bermain masak-masak. Bingit bila bergaduh. Bising bila ketawa riang. Sungguh saya bahagia.

Hari ini saya masih mengecapi semua ini. Alhamdulillah ibu ayah masih berada di sisi dan semoga mereka terus diberi kesihatan yang baik. Insya'Allah.
Indahnya ciptaan-Mu.
Sedikit perkongsian untuk menjadi seorang yang sentiasa positif. Seorang sahabat saya pernah berkata : ''Awak sangat beruntung, duduk di rumah tinggal bersama mak dan ayah, boleh tengok-tengokkan mereka kalau sakit. Saya ni, lepas belajar terus kahwin dan kerja, langsung tak sempat tolong mak saya. Sekarang dah ada anak, memang langs…

KUATLAH KALAU MAHU BEKERJA SENDIRI

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google #Entri 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudah sungguh mulut berkata  ''Percayalah, sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah'' Benar apa yang dikata, tapi sungguh payah hati menerimanya kan? Saya sedar ramai yang yakin dengan perkara ini cuma kadang-kadang kita sebagai manusia biasa mudah tergugat dengan kata-kata orang sekeliling kita. Nak-nak kalaau awak semua ni keluar universiti tapi akhirnya terperuk kat rumah jadi pengasuh anak-anak saudara. Ramailah yang jadi Internet Bergerak tukang sampaikan cerita, tukang tambah perisa. Siap tanya, ''Ko dah kenapa tak kerja?''  Sila jawab dengan yakin tapi penuh kesopanan ya : ''Makcik, saya mengasuh ni pun satu kerja yang mulia juga'' Tapi berapa ramai yang mampu jawab macam ni? Dan berapa ramai yang tak menangis bila memikirkan perkara macam ni bila duk dalam bilik sendirian? Sebenarnya, siapa kita adalah bagaimana cara kita membawa diri kit…

MAHALNYA SEBUAH KEIKHLASAN

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google #Entri 2 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Ramai yang punyai persoalan di atas. Cik, sebenarnya saya layak ke mengajar? Sebenarnya saya tak pernah ada pengalaman mengajar pun, boleh ke saya?
Soalan ini bukan untuk ditanya pada orang lain tapi tanyalah pada diri sendiri. Layakkah saya? Ingin saya tekankan di sini mengajar bukan kerana wang semata tapi biar ia lahir dari hati. Kenapa? Sebab setiap perkara yang kita lakukan dengan ikhlas akan nampak cahayanya. Macam mana tu?
Saya pernah mengajar dua beradik yang sangat aktif. tapi taklah sampai hyperactive. Si abang suka melengah-lengahkan masa si adik suka melukis. Si abang adalah pelajar tahun 6 manakala si adik baru di tahun 2. Dua jam saya mengajar mereka (sejam seorang) tapi masa bagaikan tak berganjak saya rasa.
Setiap minggu bila sampai giliran ke rumah mereka saya selalu mengeluh dan alasan timbul di benak. Macam-macam bisikan kemalasan duk terngiang-ngiang di telinga. Fuhhh sun…