Posts

Showing posts from November, 2015

SAMBUNGAN SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 52

Sambungan coretan semalam tentang Program Simposium Tutor Profesional 2015 yang sudah selamat berlangsung selama dua hari bertempat di UKM, Bangi. Ini adalah antara pelopor idea hometuition di Malaysia. Semoga kita semua pun boleh jadi cikgu tuisyen hebat juga selepas ini Insya'Allah.
Di bawah ini saya kongsikan gambar sekitar program ini. Walaupun tak dapat menghadirkan diri dalam kursus hebat ini, bersama mereka yang hebat, semoga kelak mereka akan datang buat program ke tempat kita pula ya!


Dapat tengok dari jauh je lah masteryus orang hebat hometuition ni. Harap berkesempatan bekerjasama dengan mereka yang hebat ini.

PROGRAM TUTOR PROFESIONAL

Image
FOTO : Carian Google #Entri 51



SIMPOSIUM TUTOR PROFFESIONAL hari ini... Terlambat sudah. Mungkin program selepas ini saya boleh war-warkan di sini.

DEFINISI KEJAYAAN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 50

Sudah tentu inilah definisi kejayaan yang kerapkali kebanyakan orang akan fikirkan. Dan ya, termasuk kita juga sebenarnya sama ada kita sedar atau tak sedar.
"Anak aku dapat 8A PMR, anak kau dapat berapa?"
"Aku tak pandai sekolah macam kau, aku dapat 1A je UPSR, tak hebat macam kau, dapat 5A"
"Lepas ni kerja Kolumpu la anak makcik, sebab dah habis universiti" "Leman sekarang jadi petani jer, tak macam anak kau Syarif kerja bank"
Dialog yang selalu kita dengar dan memang kita akan sentiasa jumpa. Dan mungkin kita pun pernah berkata begini. Buat yang bergelar pelajar pula, selalu rungsing bila berhadapan dengan pepriksaan atau ujian. Selepas ujian mesti terpaksa berhadapan dengan keputusan pula. Bahkan menjadi satu tekanan bila ibu bapa dan orang sekeliling memang mengharapkan kejayaan serangkai A yang tersusun cantik di atas kertas keputusan peperiksaan.
Memang tak dapat dinafikan, masyarakat ki…

ISTIQAMAH.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 49

Alhamdulillah, masih diberi peluang bercerita dan berkongsi pengalaman menjadi hometutor. Akhir-akhir ini saya asyik terselang satu hari bila nak memuatkan entri. Agak terbatas waktu untuk bersama 'lappy' kesayangan saya. Hai, macam mana lah nak maju ni Faizah oi... Sebenarnya berat juga ya istiqomah ni. Saya selalu bercita-cita nak selalu buat tahajjud, selalu baca al-Qur'an, selalu mengamalkan ma'thurat pagi dan petang tapi selalunya memang tak kekal. Akhirnya, jadi kelaut saja. Lepas tu ulang balik perkara yang sama, bercita-cita dan mulai buat dan akhirnya bila dah terlepas satu hari, semangat pun pudar.
Sekarang saya kena istiqomah dalam apa yang saya ingin capai pula. Kenapa saya bersama kumpulan sokongan ABDR ini. Sebab saya sedang bersama sebuah kumpulan yang hebat. Dan saya mahu hebat seperti mereka juga. Semoga saya terus istiqomah dalam usaha kecil ini. Usaha untuk terus menulis dan menulis tanpa jemu berko…

TIPS BERHADAPAN DENGAN PELAJAR

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 48

Kali ini saya ingin berkongsi tips macam mana mahu berlembut tetapi tegas dengan pelajar. Memang sukar mahu menjadi orang yang pelajar percaya dan hormat dalam masa yang sama mereka boleh menjadikan kita sebagai 'kawan'. Inilah disebut sebagai membina 'rapport'.
Saya akan ceritakan serba sedikit cara atau tips tetapi bukan dalam bentuk senarai. **Sebab nanti takboleh cerita panjang**

Kelas pertama sekali yang paling penting. Biar pelajar kenal anda sebagai cikgu yang lembut dan baik tetapi jangan sampai 'pijak kepala' maksud saya baik sangat. Mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan hometutor yang lain, biasanya kelas pertama pelajar akan menjadi agak pasif dan mendengar kata. Sekiranya anda mendapat pelajar yang memang 'hyperaktif' jangan sesekali benarkan mereka menyentuh barang-barang anda!
Pernah terjadi, seorang rakan saya yang memang jenis sopan dan lemah lembut, pergi mengajar dan mendapat pelajar yang agak aktif. P…

SEMALAM...

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 47

Saya turun dari rumah untuk ke kelas jam 10 pagi semalam. Kelas pelajar SPM saya. Agak lewat saya sampai, jalan agak sesak mungkin sebab hujan, ramai oerang guna kereta untuk ke destinasi. Termasuk saya. Musim tengkujuh telah tiba. Ya, pada musim inilah saya telah terlahir ke dunia ini. Kadang-kadang terfikir di minda, sudah lebih 20 tahun saya hidup, mengecapi keindahan dunia yang fana, tapi apa saya buat untuk bangsa dan agama saya?
Bila mengingatkan ini, hati selalu terasa syahdu... Cepat sungguh masa, sedangkan saya sendiri lupa sampai di usia berapakah janji saya pada Sang Pencipta.

Semalam selepas selesai kelas, saya ke rumah sahabat baik saya. Kami bercadang mahu melawat ayah seorang rakan yang sedang terlantar di hospital. Tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab masa yang terbatas. Ya lah, masa melawat di hospital sudah berlalu. Kami pun terus ke rumah seorang sahabat lama yang baru mendapat cahaya mata. Alhamdulillah. rezeki sahabat saya, punyai …

MENGAJAR GUNA TEKNIK NABI

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 46

Hadis Qudsi: " Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan  nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka...." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut kumpulan Psikologi Hadis, terdapat 3 kaedah atau teknik cara mendidik mengikut teknik Nabi S.A.W, 1. Pilih 1 tindakan 2. Puji tindakan 3. Sebut impak atau kesannya
Ringkasnya, pilih satu kebaikan pelajar, puji tindakannya dan ceritakan kesan apakah yang akan diperoleh. Mudah kan? Tips ini tak semestinya digunakan untuk mendidik pelajar, ibubapa juga boleh menggunakan kaedah kembar tiga ini.  Begitu juga sekiranya anak atau pelajar melakukan kesilapan. Guru boleh menegur tetapi mesti 'slow-talk' semula kenapa cikgu marah atau menegur kesalahan pelajar tadi dan apa kesannya sekiranya dia ter…

KELEBIHAN MENJADI HOMETUTOR?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 45

Di akhir-akhir tahun ini, semangat bercuti sudah mula berkobar-kobar di hati. Kadang-kadang macam terlupa pula bahawa kita ni kerja sebagai tutor, hari-hari pun cuti sebenarnya. Ya lah orang lain kerja 8 jam berumah di pejabat, kita selamba saja kerja 2 jam sambil singgah Mydin beli barang dapur. Nikmat kerja sendiri yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.


Saya sebenarnya memang terlahir dalam keluarga cigu cikgi. Mula dengan nenek saya sebagai cikgu mengaji al-qur'an, ayah saya pun cikgu fardhu ain, kakak abang bapa saudara, pendek kata memang ramai sepupu sepapat dalam keluarga terdekat saya terdiri dari pada cikgu. Sebab itulah saya sedikit sebanyak terbias dengan bayangan mereka. Asal jumpa saya, mesti orang tanya mak saya ''yang ini mengajar kat mana?''
Sabar sajalah hati. Boleh jawab dalam hati : Saya mengajar sendiri-sendiri.

Terasa mahu bercerita tentang istimewanya memilih kerjaya sebaga…

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN vs AKHIR TAHUN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 44

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Itu sahaja yang terucap bila mendapat pesanan whatsapp daripada pelajar saya yang mendapat 5A dalam UPSR 2015. Saya mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu selama dua tahun di rumahnya. Sekarang saya mengajar si adik pula yang bakal menduduki UPSR tahun hadapan.
Alhamdulillah.
Walaupun bukanlah usaha saya sepenuhnya mengajar pelajar ini, tapi saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanannya mendapat kejayaan ini. Tahniah.
Pelajar saya yang Tahun 5 juga sudah mendapat keputusannya. Si ibu menghantar pesanan di whatsapp mengucapkan terima kasih. Saya mengajar pelajar ini bermula November 2014 sehingga sekarang. Alhamdulilllah, kata ibunya ada peningkatan. Sebabnya, sebelum ini memang langsung taknak belajar di rumah tapi dengan kehadiran 'cikgu' ke rumah dia lebih bersemangat. Akhirnya keputusannya pun menunjukkan skala menaik juga. Alhamdulillah.

Setiap kali akhir…

CIKGU SAYANG PELAJAR CIKGU.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 43

Petang ni terasa nak kongsikan gambar pelajar-pelajar sayalah. Bagi naik sikit semangat kita yang kadang-kadang kian menjunam. Bukan apa masalah semangat menjunam ni, cuma mainan perasaan. Kadang-kadang, bila jumpa kawan lama yang sekarang tengah menjadi doktor ke cikgu terasa lah kerdilnya diri. Tapi bila kawan cerita, kerja penat nak balik cuti susah, maka bolehlah senyum lebar sedikit sebab itu kelebihan pada kita yang bekerja sendiri. Alhamdulillah a'la kulli hal...







Gambar-gambar ini saya sempat ambil semasa mereka sedang syok menulis. Saya tak syorkan anda main tekan-tekan fon semasa mengajar ya, untuk sekadar ambil gambar buat kenangan dan simpanan tu tak mengapa. Jangan pula syok selamba main whatsapp semasa sesi pembelajaran berlangsung. Cari keberkatan dalam setiap pekerjaan ya kawan-kawan. Ini sebahagian daripada pelajar saya yang pernah saya ajar dan sebenarnya masih lagi saya ajar. Oh ya gambar pelajar sekolah menenga…

IBU AYAH, RESTULAH SAYA...

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Faizah Yusoff #Entri 42
Selamat pagi semua. Rasa macam tak sangka sudah sebulan lebih saya belajar untuk konsisten menulis. Walau ada juga hari yang kadang-kadang tak mampu cerna idea, tapi saya tetap cuba. Ini yang saya mahu buat. Kenapa saya nak sia-siakan peluang yang memang sudah berada di sepan mata? Cikgu tuisyen. Adakah satu kerjaya yang boleh dibuat kerjaya? Hari ini saya ingin tanyakan soalan ini sebgai semacam kajian kes untuk mengenal diri sendiri.  Sebenarnya ramai yang rasa ''saya nak kerja tetap". Pilihan atau niat yang utama mesti mahukan kerja yang 'secured' seperti tak lain dan tak bukan kerja 'goverment' yang mana memang setiap bulan pasti masuk gaji. Takpayah pening-pening. Cuba tanya mak ayah kita. Agak2 berapa kerat yang bagi korang pilih kerjaya sebagai cikgu tuisyen? Macam tak ada kan dan hampir tak ada langsung saya rasa.
Baiklah, ini tips macam mana nak teruskan kerjaya menjadi cikgu tuisyen. Sebab ap…

FORMULA MATEMATIK.

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Facebook #Entri 41
Hari ini pelajar SPM menduduki peperiksaan Matematik. Buat yang bakal menduduki SPM tahun depan (termasuk adik saya) bolehlah mulai jenguk-jenguk buku balik ya. Di bawah ini antara cara-cara memancing minat dan rasa nak belajar Matematik dengan cara yang tidak membosankan. Sebenarnya, matematik bukanlah subjek yang membosankan cuma pelajar kerap lupa formula yang menyebabkan mereka cepat putus asa. Buat yang ada akaun Facebook jom jenguk-jenguk formula di page Formula Hikmat daripada Kipas Hikmat Yang imej warna warni kat bawah sana tu pula daripada page KapurPuteh Nanti boleh lah tengok-tengok ya yang mana memudahkan pelajar anda faham cepat atau menarik untuk dikongsi bersama pelajar anda.












Semoga bermanfaat! =)

PENERANGAN TENTANG POSITIF & NEGATIF

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 40

Apa itu negatif positif? cikgu kat sekolah kata negatif positif ni adalah caj..ada caj positif ada caj negatif. Contohnya cuba awak tengok kat bateri remote tv ke jam ke..kan ade tulis -ve dan +ve tu. Okey, faham...cuma kurang jelas. Ni penerangan masa sekolah rendah zaman 90-an kot.

Kita pon bawak la fahaman ni sampai ke dah besar remaja. Dan masuk kelas cikgu Matematik Tingkatan 1, oke jumpa lagi...-.....+...... Okey, mind set kita is battery. Tetapi apa pasal plak tajuknya Integer? Grrrr Cikgu tipu! Ini tidak adil! Cikgu pun cakap," integer ini merupakan susunan nombor.blablabla  Tapi jangan risau, awak semua takpayah pening kepala... Hafal ja formula ni" :::

positif x positif = positif negatif x negatif = positif positif x negatif = negatif negatif x positif = negatif
OK.DONE...jangan tanya saya lagi, sila buat latihan. Kelas dismiss.
Oh no!!! When I grew up, I found something more more more answerable than all that fishy answer.…

SIBUK SANGAT KE CIKGU TUISYEN?

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 39


Hujan. Sekarang memang musim hujan. Cuma hujannya turun tak menentu. Kadang-kadang malam, kadang-kadang pagi sahaja. Hari Jumaat semalam saya turun dari rumah untuk ke rumah pelajar hari cerah terang. Usai sesi pembelajaran, hujan turun renyai-renyai. Berlari si pelajar saya si Mukhlis yang rajin, pergi ambilkan topi keledar yang saya letakkan di atas meja batu depan rumahnya. Katanya, nanti topi cikgu basah. Hai la pelajar, semoga awak menjadi anak soleh ya. Marah cikgu pada awak sebab cikgu sayang. Tak mahu awak jadi anak yang biadap. Saya tersenyum sendiri bila mengingatkan seorang demi seorang pelajar yang saya pernah tegur setiap kesilapan mereka sama ada secara tegas atau lembut. *Saya kadang-kadnag agak tegas sampai ada pelajar cakap :"bila besar saya nak jadi askar sebab nak tembak cikgu pasal cikgu suka bagi kerja banyak sangat".Sangat kelakar.
Hari ini, saya ke kelas pada waktu pagi, kelas tuisyen pelajar SPM. Kelas terakhir kerana es…

IDEA PENGURUSAN HOMETUITION

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 38Bagaimana mahu bantu orang lain dengan tuisyen? Sebelum ini saya juga seperti orang lain, fikir apa yang ada di depan mata saja. Pendek kata, saya nampak rezeki tu ialah dapat duit semata. Cetek sungguh rasanya minda bila ingat balik. Padahal nikmat kesihatan nikmat makan minum jua adalah termasuk dalam rezeki.Kalau ada entri sebelum ini saya bercerita tentang pusat tuisyen, entri kali ini pula saya ingin berkongsi tentang bermula sebagai sebuah syarikat  'hometuition' pula.Baiklah sebenarnya berdaftar sebagai sebuah pusat tuisyen lebih rumit berbanding menjalankan khidmat hometuition. Tetapi kedua-duanya tetap memerlukan komitmen yang berterusan ya.Saya pernah terfikir sampai bila saya akan terus mengajar begini? 10 tahun lagi kah atau hanya 5 tahun lagi? Maka perancangan seterusnya ialah dengan mengupah tutor baru dengan melatih mereka bagaimana berdepan dengan pelajar disamping membantu orang lain bekerja secara separuh masa bagi menjana pendap…

MANISNYA SEBUAH DUGAAN DARI TUHAN

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google #Entri 37 

Pagi tadi saya bangun macam biasa, melalui rutin yang sama. Usai bersarapan saya bersiap-siap untuk keluar. Hari ini saya ada tiga sesi pengajaran, kelas pertama bersama dua beradik tahun 3 dan 5 bermula pukul 9.00 pagi sampai pukul 11.00 pagi. Dari rumah pelajar ini, saya akan ke rumah pelajar SPM, saya mengajar subjek matematik dan sains bagi kelas SPM. Nak dijadikan cerita, saya yang memang pagi turun rumah naik motor, kadang-kadang bawak kereta, tapi pagi tadi keretanya dah lesap, saya pun naiklah motor kesayangan tu. Tengah nak pecut ke rumah pelajar kedua, masa tu dah pukul 11.15 pagi lebih kurang... Tiba-tiba, debammmm!!!! Dah sudah! Saya langgar kereta orang! Haiiiiii! Semua orang pandang dek bunyi kuat saya tampar pintu kereta berkenaan. what should i do???? ohmyyy!!!
 Saya mula-mula nak buat-buat tak tahu tapi macam tak patut la pulak kan, saya pun berhentikan motor kat tepi jalan, tuan punye keta pun dah mu…

MASA.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 36



Sebab utama saya terlibat dengan hometuition ialah masa. Komitmen masa yang sebentar cuma untuk satu sesi pembelajaran. Tapi perkara yang masih dalam penambahbaikan dalam diri saya ialah ketepatan masa. Saya sering ke kelas lewat 5-10 minit. Saya pun tak tahu kenapa saya mesti akan 'drag' sedikit masa untuk sampai ke rumah pelajar walaupun memang laju je saya bersiap-siap. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi lebih baik. Insya'Allah.
Sesiapa yang mengajar hometuition pasti akan meletakkan 'kelebihan' masa yang singkat berbanding bayaran yang diperoleh sebagai satu perkara utama yanag akan diambil kira. Siapa tak suka kerja 2 jam dah boleh dapat pendapatan bersih bermula RM 35 ke atas. Orang lain kerja  RM3 500 kalau dibahagi dengan 30 hari sebulan dapatlah sehari RM 117 lebih kurang, kerja sehari 8 jam. Kadang-kadang lebih juga 8 jam. Dalam RM 15 sahaja sejam.  **Betulkan saya kalau saya salah kira.

Masa me…

MASA DAN ROTAN.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 35


Masa. Kalau zaman kita belajar dulu, rotan adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Minda masyarakat pada masa itu memandang rotan sebagai satu alat mendidik yang sangat berkesan. Biasanya rotan dan guru kelas mengaji memang tak dapat dipisahkan. Sungguh rindu akan zaman itu
Dulu, saya belajar mengaji dengan arwah nenek (ibu kepada ayah saya). Saya anak bongsu perempuan, kiranya kakak-kakak dan abang-abang pada masa tu semuanya sudah besar remaja. Jadi saya memang tiada pengalaman belajar mengaji bersama kakak atau abang. Saya cuma bersama sepupu-sepapat yang sebaya belajar mengaji di rumah nenek yang saya panggil 'mok'. Mok suka guna rotan panjang buat tunjuk-tunjuk ayat yang kena kami baca. Kalau gatal belakang, dia suka jolok dengan hujung rotan. Sungguh kelakar kalau diingatkan. Kalau mengaji perlahan, memang nahas lah, mok tebas rotan atas lantai rumah papan dia, memang kecut perut kami. Dan pasti kami baca dengan kuat dan …

PELAJAR MERAGAM?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 34

Isu yang sering tutor hadapi bagi yang mengajar 'si kecil' ialah meragam. Biasanya pelajar yang berumur 10 atau 11 tahun ke atas tiada masalah meragam ini. Tapi yang bawah umur memang akan ada dalam sebulan dia mula buat hal. Terutamanya pada awal kelas, sebelum mood belajar datang. Satu lagi bila baru lepas peperiksaan, tapi kelas tuisyen masih diteruskan.


Bagaimana mahu menangani isu ini? Jangan risau, di sini saya akan berkongsi teknik yang boleh digunakan oleh tutor baru atau lama atau ibu bapa yang baru berjinak-jinak nak mula mengajar anak-anak sendiri atau sesuai juga buat mereka yang bakal berkahwin sebagai tips awal mengenal kerenah anak. Wah.

Pertama, kena ada 'gula-gula magik' yang boleh menarik minat 'si dia'. Yang dimaksudkan dengan 'gula-gula ' di sini ialah kita kena kenal minat pelajar. Contohnya dia minat melukis, maka mulakan kelas dengan sesi lukisan. Pastikan lukisan yang berkaitan …

JANA WANG MODAL SIFAR?

Image
TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 33

Satu-satunya cara ber'bisnes' dengan modal sifar ialah melakukan HOMETUITION. Hometuition satu bisnes ke? Ya. Hometuition adalah salah satu cabang bisnes perkhidmatan yang hanya memerlukan modal sifar. Kenapa saya katakan modal sifar? Kerana anda boleh gunakan buku sedia sebagai rujukan. Tambahan pula kebanyakan pelajar sudah mempunyai buku latihan masing-masing. Kebanyakan mereka beli buku tapi taktahu buat latihan.Sebabnya? Cikgu sekolah tak sempat ajar. Cikgu ajar tak sempat nak faham, dah masuk tajuk baru. Dah belajar dengan rakan tapi rakan malas dah nak ajar sebab asyik buat kesalahan yang sama. Nak belajar dengan kawan tapi kawan taknak ajar sebab taknak dia lagi pandai. Isu-isu seperti inilah yang menjadikan mengapa bisnes HOMETUITION menjadi satu bisnes menjana pendapatan modal sifar yang terbaik untuk anda pilih sebagai kerjaya baharu anda!
Tak mungkin tak pakai modal langsung? Baiklah, saya ingin menyentuh sedikit tentang definisi moda…

RESET MINDA

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 32

Saya si bongsu antara tiga beradik perempuan dalam keluarga. Dan saya yang paling nakal. Buktinya, saya ada kawan-kawan yang semuanya 'happening' dan pelik. Saya ada kawan yang 'kena buang sekolah', saya rapat dengan kawan yang memang 'skema' kemain kat sekolah. Saya ada pula kawan yang ajak saya ponteng sekolah. Saya ada kawan yang takut-takut nak buat hal kat sekolah. Dan saya berkawan baik dengan kawan yang datang sekolah pukul 11! Itulah saya dan kehidupan.
Tapi saya ada kakak-kakak yang sangat sopan. Bezanya langit dengan bumi dengan saya seorang. Kakak saya berdua adalah orang yang paling santun yang pernah saya kenal seumur hidup saya. Mereka orang yang mendengar kata dan mebikut haluan yang baik-baik sahaja dalam hidup mereka. Dan sekarang mereka sudah menjadi ustazah. Alhamdulillah. Saya pula? Jadi cikgu tuisyen yang nakal. 
Sebenarnya, kadang-kadang hidup saya dibayangi kakak-kakak saya yang hebat. Ramai orang kenal mere…

PELUANG CUTI SEKOLAH

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 31

Cuti sekolah sudah hampir tiba. Ramai sahabat hometutor masih mencari-cari peluang apa untuk menambaik perkhidmatan hometuition. Hari ini saya ingin menampal contoh apa yang boleh kita hanya dalam 2 jam sehari tetapi mampu menjana pendapatan. Insya'Allah. Cuba kira pendapatan anda kelak dengan contoh yang saya berikan di bawah ya. Tapi, mengajar biar ikhlas barulah semua pun puas hati. Kita gembira, pelajar pun faham, ibu ayah pun puas hati.  "Don't make them pay for nothing".
CONTOH 1:
TUISYEN  DI TEMPAT ANDA. TERBUKA KEPADA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. BELAJAR SENDIRI ATAU BERKUMPULAN. 1. KELAS INTENSIF (SEMPUA) 2. KELAS LATIHTUBI (SUBJEK MATH, BM,SN &BI TAHUN 1-6) 3. KELAS LATIH TUBI PRA SPM  3. KELAS MENGAJI @ BELAJAR TAJWID 4. KELAS BAHASA ARAB 5. KELAS BELAJAR JAWI SATU HINGGA 5 KALI SEMINGGU. PENDAFTARAN RM50 BULANAN BERMULA RM30.00 HINGGA RM150.00.
"POTONGAN HAMPIR 50% BUAT PENDAFTAR AWAL YANG MEMPERK…

SAYA MAMPU LAKUKANNYA!

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 30

Entri ke 30. Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan rupanya saya menjadi sebahagian daripada keluarga besar ABDR. Dengan idea-idea hometuition dan sedikit sebanyak perkongsian pengalaman yang tak seberapa, saya mampu istiqamah meneruskan perjuangan di medan blog ini. Alhamdulillah wa syukurillah.  Seperti biasa iman tetap turun naik. Bila lihat kawan berjaya, hati sering tergugat, ''aku, bagaimana pula?'' Bila melihat kawan pergi ke sana sini bercuti ke dalam dan luar negara, hati membisik ''aku, bila pula?'' Bila melihat teman sudah beranak dua, hati terdetik, ''aku tak layak lagi''. Itulah hati. Qalbun. Yang sentiasa berbolak-balik. Yang pasti, kejayaan takkan hadir tanpa usaha. Dan ujian yang Allah hadirkan untuk kita adalah berdasarkan kemampuan kita jua. Semalam saya berjumpa dengan beberapa rakan 'hometutor'. Memang sebulan sekali kami akan cuba berkumpul untuk membincangkan isu dan cada…

IDEA BUKA SYARIKAT 'HOMETUITION'

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 29

Setelah sekian lama menjadi tutor sambilan dari rumah ke rumah, kadang-kadang mengajar di rumah, apa rancangan kita untuk meneruskan legasi ini? Ya, membuka peluang kerja kepada sahabat atau orang lain. Sebenarnya untuk membentuk sebuah organisasi 'hometuition' tidaklah serumit membuka pusat tuisyen. Namun kedua-duanya tetap memerlukan komitmen yang berterusan. Apa bezanya?
Setakat yang saya tahu, untuk mendaftar sebagai pemilik pusat tuisyen, anda mesti berlatarbelakangkan pendidikan dan mempunyai senarai cikgu-cikgu sekolah yang mengajar di sekolah sebagai guru yang bakal mengajar.
'Hometuition' pula hanya mendaftar di SSM sebagai sebuah perniagaan. Tanpa latar belakang 'cikgu' pun boleh mendaftar, Insya-Allah.

Langkah pertama ialah lengkapkan diri anda sebagai pengurus sebelum memulakan langkah membuka syarikat 'hometuition'.

Mudah bergerak bertemu klien.Mudah mesra dan peramah walaupun baru kenal.Me…

IDEA BUKA PUSAT TUISYEN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 28

Seorang sahabat ada menghubungi saya bertanyakan pendapat kalau mahu buka sebuah pusat tuisyen. Saya katakan padanya, saya hanya mengajar di rumah sahaja. Dia mahukan pendapat saya memandangkan dia memang kosong pengetahuan tentang bisnes tuisyen ini.
Saya berfikir sekejap, saya memang ada sedikit idea pembaharuan untuk sesiapa yang ingin membuka pusat tuisyen. Bagaimana sekiranya sahabat ingin membuka sebuah pusat tuisyen, ya lah mana tahu kan sahabat memang ada rumah kosong yang boleh dijadikan pusat tuisyen atau bangunan pejabat kosong yang boleh diubahsuai menjadi pusat tuisyen kecil-kecilan untuk permulaan.

Beginilah, soalan pertama yang saya ingin tanyakan ialah, gurunya sudah adakah? Kata sahabat saya ini, ya, sudah ada. Guru Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, Saya rasa mungkin sedikit kelebihan buatnya di situ. Sebab rata-rata di Kelantan memang ibu bapa mahukan guru tuisyen Bahasa Inggeris. Kiranya kalau boleh buat kelas Bahasa…

MUDAH MEMBACA

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 27

Semalam saya mendapat tiga orang pelajar baru. Alhamdulillah, rezeki November mungkin. Memang setakat ini kelas tidak pernah kosong. Ada sahaja kelas baru yang datang menggantikan kelas lama yang berhenti sekejap atau sudah habis sekolah.Tapi setakat ini kelas saya pelajar hanya 'berhenti sekejap' untuk pergi bercuti sahaja dan kelas akan bersambung dengan pelajar yang sama atau adik kepada pelajar berkenaan sebab si kakak sudah habis belajar. Alhamdulillah.

Saya mulanya berfikir panjang juga mahu terima atau tidak pelajar tiga beradik ini. Mereka berumur 8, 7 dan 6 tahun. Yang paling si ibu minta saya tekankan ialah yang berumur 7 tahun. Kata ibunya, dia paling susah membaca. Benda yang sama yang ditanya pun dia sudah lupa. Saya macam tergugat sebab saya selama ini hanya mengajar pelajar yang sudah pandai membaca dan hanya lambat membaca tapi sudah kenal huruf. Yang ini masih tertukar-tukar huruf ABC. Tapi akhirnya saya teri…