JANA WANG MODAL SIFAR?

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 33

Satu-satunya cara ber'bisnes' dengan modal sifar ialah melakukan HOMETUITION. Hometuition satu bisnes ke?
Ya. Hometuition adalah salah satu cabang bisnes perkhidmatan yang hanya memerlukan modal sifar. Kenapa saya katakan modal sifar?
Kerana anda boleh gunakan buku sedia sebagai rujukan. Tambahan pula kebanyakan pelajar sudah mempunyai buku latihan masing-masing. Kebanyakan mereka beli buku tapi taktahu buat latihan.Sebabnya? Cikgu sekolah tak sempat ajar. Cikgu ajar tak sempat nak faham, dah masuk tajuk baru. Dah belajar dengan rakan tapi rakan malas dah nak ajar sebab asyik buat kesalahan yang sama. Nak belajar dengan kawan tapi kawan taknak ajar sebab taknak dia lagi pandai. Isu-isu seperti inilah yang menjadikan mengapa bisnes HOMETUITION menjadi satu bisnes menjana pendapatan modal sifar yang terbaik untuk anda pilih sebagai kerjaya baharu anda!

Tak mungkin tak pakai modal langsung?
Baiklah, saya ingin menyentuh sedikit tentang definisi modal.
Modal merupakan faktor pengeluaran yang kita guna dalam bisnes jual beli kita atau bisnes memberikan perkhidmatan kepada klien.
Dari sudut hometuition, saya cuma ada modal 'pandai mengajar' dan modal minyak motor atau kereta untuk bergerak dari rumah ke rumah pelajar. Lagi? Fotostat buku nota latihan semua?
Ya. Anda tak perlu beli buku lagi jika masih tiada modal. Pinjam saja buku sebgai rujukan dan latihan pula boleh diambil dari buku teks sebagai permulaan.
Nanti bila sudah agak stabil, bolehlah membeli buku pula. Insya'Allah!

Modal 'pandai mengajar' sangat penting untuk membina kerjaya sebagai seorang tutor. Jika anda mengajar pelajar sekolah rendah lain tekniknya berbanding mengajar pelajar sekolah menengah.
Belajarlah teknik menambat hati pelajar supaya belajar dua jam pun tak terasa.
Belajar menjadi rakan pelajar tetapi pada masa yang sama mereka menghormati anda sebagai cikgu @ tutor.
Belajar menjadi tutor yang ada setiap jawapan yang diaju oleh pelajar.
Jadi, MODAL PANDAI MENGAJAR sangat penting.

Insya'Allah entri seterusnya saya akan kongsikan cara memikat pelajar supaya belajar dua jam terasa sekejap saja.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.




Comments

Popular posts from this blog

TIPS MELETAKKAN HARGA

IDEA BUKA PUSAT TUISYEN

TIPS HEBAT MENJADI TUTOR HEBAT