Posts

Showing posts from 2016

Tutor mesti cikgu sekolah ke?

Teks : Faizah Yusoff
Foto : Tiada
Entri 86

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas saya bertemu seorang klien (ibu kepada seorang pelajar). Dia menghubungi saya untuk bertanyakan tentang tuisyen individu. Sebenarnya isu ini memang akan ditanyakan oleh klien sama ada anda sebagai tutor mampu mengajar dengan baik atau tak. Terutamanya terang-terangan anda bukanlah seorang guru sekolah. Bahkan mungkin ada yang tak pernah langsung ada pengalaman.  Jangan cepat melenting jika berhadapan dengan soalan ini. Saya tahu, ada orang merasakan kredibiliti tergugat dan macam 'down' sedikit semangat bila ada yang tanya soalan ni.
Jawapan saya mudah sahaja : Puan, ada beza cikgu sekolah yang mengajar atau tutor yang memang minat mengajar yang kami hantar.  Pertama, cikgu sekolah kebanyakannya lebih fokus pada peperiksaan dan ajar ikut skema jawapan yang dikehendaki pemeriksa. Ini sangat bagus. Berbanding tutor yang mengajar yang memang minat mendalam untuk mengajar. Dia lebih fokus kepada teknik mu…

CARA TANGANI STRESS

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
Entri 85

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai situasi yang seakan menekan dan tiada jalan penyelesaian.
Minda positif ada mengatakan, tekanan tu bukan apa-apa, sekadar datang menguji kekuatan hati. Hadapi dengan redha. Tapi mampukah kita meletakkan minda positif di hadapan setiap hari? Walaupun jauh di sudut hati kita sedar bahawa hidup tanpa ujian adalah tiada erti.

Macam mana caranya nak menangani stress? Penerimaan seseorang individu terhadap 'stress' ni sebenarnya tak sama, Ada orang bergaduh dengan rakan sekerja pun satu tekanan. Dan ada orang, kucing jiran masuk rumah pun satu benda yang menekan. Ia bergantung kepada kita untuk menghadapinya.
Baiklah di sini saya kongsikan beberapa cara mudah nak rasionalkan balik emosi dan perasaan kita bila kita stress.
1. Ambil pendekatan untuk duduk sekejap dan tarik nafas dalam-dalam. Istighfar dalam hati buat yang muslim.
2. Tengok cermin. Muka stress memang tak cantik/hensem. Pandang w…

Salam Aidilfitri.

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 84


Assalamualaikum wbt. Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan segala yang secara sengaja atau tak sengaja menyentuh sensitiviti sahabat-sahabat blogger pernah singgah di laman blog saya ini.  Hampir 3 bulan saya menyepikan diri dari terus menulis dan menulis. Bulan Mei sebelum melangkah ke bulan Ramadhan, kami dari Alwaqiah Group telah membuka satu cawangan kecil di Tawang, Bachok. Alhamdulillah, walaupun sekejap cuma kami merancang, semuanya berjalan lancar. Syukur ke hadrat Allah SWT. Jadual harian kini sungguh padat. Tapi saya masih mengajar kelas tuisyen seperti biasa. Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan, jadual kelas masih berjalan seperti biasa. Masih ada ibu bapa yang nak menghantar anak ke rumah saya untuk kelas latihan matematik pada waktu malam. Setelah saya buka pusat pembelajaran berdekatan rumah, saya pindahkan mereka semua ke sana. Alhamdulillah. Cuma, untuk ke r…

SELAMAT HARI GURU 2016

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Carian Google Entri 83

Siapakah guru? Guru dalam Bahasa Arab ialah al-'alim (jamak atau plural: 'ulamak) atau Mu'allim, yang bererti orang yang mengetahui. Dalam Al-Qur'an, istilah yang menunjuk pada pengertian guru atau pendidik ialah al-'alim atau mu'allim. Kata al-'alim diungkap dalam bentuk jamak, iaitu al-'aalimun.



PROGRAM 'EASY ENGLISH' 20 MEI 2016

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 82

Assalamualaikum wbt. Minggu depan pada hari Jumaat (20 Mei 2016), kami di Pusat Tuisyen Al-Waqiah akan menganjurkan satu bengkel Easy English untuk para pelajar sekolah sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkaln Chepa dan Bachok. 

Majoriti pelajar menganggap Bahasa Inggeris adalah bahasa yang susah untuk dikuasai. Terutamanya dalam kalangan anak kelantan khususnya. Kadang-kadang faktor kurang keyakinan diri yang membatasi penguasaan bahasa ini. Semoga usaha kecil ini akan membantu anak pelajar sedikit sebanyak mampu meningkatkan keyakinan diri. Insya' Allah.

PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 81

Assalamualaikum wbt. Kurang dua bulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Hari Rabu ini adalah tarikh kewujudan Pusat Tuisyen Al-Waqiah. Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan kami beroperasi. Semoga usaha kecil kami membantu anak pelajar yang ada masalah dari sudut pembelajaran dan semangat untuk belajar. Setakat ini kami lebih tekankan suasana pembelajaran berkonsepkan rumah. Belajar secara berkumpulan dan kita adalah satu keluarga. Malah kami memang akan mengenali antara satu sama lain. Kami menekankan budaya jumpa dan bersalam. Alhamdulillah, pelajar kami sangat bermotivasi dan cita-cita kami adalah untuk melahirkan pelajar yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
Kami banyak menjalankan program motivasi di sekitar Kelantan. Setakat ini kami mendapat jemputan untuk membuat program motivasi di sekolah dan universiti di sekitar Kota Bharu dan Bachok. Alhamdulillah.
Pada minggu lepas kami telah menganjurkan P…

BULAN-BULAN PERTAMA BERSAMA PUSAT TUISYEN

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 80


Sekarang sudah 2 bulan saya bersama Pusat Tuisyen Al-Waqiah. Hasil usaha kami berempat, alhamdulillah di sini kami berdiri sekarang. Mungkin pencapaian pusat tuisyen kami bukanlah di peringkat cemerlang tapi sekurang-kurangnya  kami sudah berjaya menjayakan beberapa program berbentuk akademik dan motivasi. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Saya sangat bersyukur.
Sudah lama tidak melakar idea di ruangan ini. Sungguh saya rindu tapi masa sangat terbatas. Insya Allah saya akan cuba untuk meneruskan usaha berkongsi maklumat dan pengalaman yang sedikit ini bersama rakan-rakan maya yang lain. 
Dalam setiap apa pun yang kita lakukan, tak kira lah bisnes atau pekerjaan, doa adalah kunci penguat hati. Dan sesungguhnya doa adalah senjata terhebat orang-orang muslim yang mukmin. Yakinlah di setiap pilihan yang kita buat, kita akan menemui satu titik kesusahan yang manisnya selepas ini hanya kita sahaja yang merasa. Bahkan mungkin boleh dikongsi be…

SPM YANG MENDEBARKAN.

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff

Lambatnya saya. Sudah ketinggalan bas rupanya. Sudah hampir seminggu keputusan SPM diumumkan dan saya baru sahaja berpeluang berkongsi sedikit cerita tentang kelas SPM saya tahun lalu. Pagi Khamis lepas semasa keputusan diumumkan, saya sudah seram sejuk mengingatkan pelajar yang saya ajar.  Seorang pelajar saya memang menjadi anak murid saya selama dua tahun, sejak dia di Tingkatan 4. Sampaikan semua ahli keluarga pelajar ini saya kenal. Bagaimana agaknya keputusan dia. Sungguh saya sangat takut. Seorang lagi memang sepenuhnya belajar melalui tuisyen bersama saya dan kumpulan hometutor kami. Saya juga mengajarnya Matematik. Semasa di pejabat, saya mula berkira-kira nak 'wassap' mereka bertanyakan keputusan. Tetapi kurang seminit, ada panggilan masuk. Eh, ini pelajar saya! Terdengar suara ceria di hujung talian. "Cikgu! Syah dapat B! Terima kasih, cikgu!" Saya tak terkata, hanya senyuman lebar kepuasan menghiasi wajah. Sampaik…

TAWARKAN KELAS PERCUMA

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Faizah Yusoff

Bagaimana mahu diri dikenali dalam bidang tuisyen ini jika mahu buat sendiri-sendiri secara separuh masa? Ini ideanya...  Tawarkan kelas secara percuma! Usah bimbang akan rugi kerana menawarkan kelas percuma kerana rezeki itu milik Allah.
Selamat mencuba!

JOM BUAT KERJA SEKOLAH!!!

Image
TEKS : Faizah Yusoff FOTO : Faizah Yussoff Entri 77

Assalamualaikum warga sahabat sekalian. Alhamdulillah akhirnya kami membuka pakej tuisyen per subjek untuk semua pelajar UPSR, PT1, PT2, PT3, SPM, STPM, MUET, English For Communication, Grammar, SPSS dan Kaedah Penyelidikan untuk pelajar-pelajar di Universiti berhampiran USM, UMK, UiTM di sekitar Kelantan.
Kami menawarkan juga khidmat nasihat untuk membuka syarikat atau menjalankan bisnes secara kecil-kecilan.
Selain itu, buat pelajar yang berdekatan bolehlah singgah untuk pakej JOM BUAT HOMEWORK pada waktu petang selepas sesi persekolahan.
Kepada mereka yang berada di Kelantan, bolehlah menghubungi 014 833 2052.


NOTA SAINS UPSR TERKINI

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: Sumber Facebook Page SK Putrajaya Presint 8(2)
Entri 76

Beberapa minggu yang sangat sibuk. Memang sangat sibuk. Saya dalam proses merangka pusat tuisyen yang baru sahaja mula beroperasi pagi tadi dan perjumpaan guru dan ibu bapa juga baru sahaja berlangsung selepas solat jumaat tadi. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan. Rupa-rupanya masih ramai yang tidak berani mencuba bidang tuisyen ini sebagai satu cara menjana ekonomi secara sampingan. Entri lain saya akan kongsikan pengalaman membuka tuisyen. Jadi sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu Kelantan, bolehlah datang ke pejabat urusan kami.

Baiklah,di sini sedikit idea cara untuk menarik anak-anak atau pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR versi baru bermula Tahun ini.



Mula-mula perkenalkan subjek ini sebagai satu subjek yang menarik dan 'fun'. Sebenarnya kebanyakan pelajar merasakan sains adalah satu subjek yang seronok untuk dipelajari. Tambahan pula cerita-cerita kartun di televisyen bi…

K.B.A.T

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
Entri 75

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat sekalian? Sudah hampir dua minggu rupanya kita melangkah ke bulan Februari 2016. Sudah hampir 2 minggu juga saya bertungkus lumus dengan sedikit projek berkaitan tuisyen. Kelak jika diizinkan Tuhan saya akan ceritakan kelak. Cepat sunnguh masa berlalu dan berdetik, meninggalkan kita di belakang. Tak terkejar rasanya.

Macam mana projek hometution kalian? Saya alhamdulillah masih berjalan seperti biasa. Pelajar bertambah dan berkurang itu rencah biasa.  Terus ke poin utama, iaitu tentang isu K.B.A.T. KBAT ialah singkatan bagi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Info dan rujukan ada di sini.

Kalau dahulu mungkin pada zaman kita diperkenalkan dengan konsep KBKK iaitu Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif.  Asasnya hampir sama cuma lebih tinggi sedikit tahapnya. Kerana KBAT mengutamakan soalan logik dan isu semasa dan kadang-kadang jawapan kepada soalan tersebut sudah tersedia di dalam soalan terse…

KELUARGA BESAR ABDR

TEKS : Faizah Yusoff
Entri 74

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan: "Tulislah perkara yang pembaca mahu ingin tahu, bukan apa yang kamu mahu"  Macam terasa pada diri sendiri bila melihatkan entri-entri saya yang dulu. Saya akan cuba menambaik baik kandungan blog ini insya'Allah.
Sudah hampir 3 bulan rupanya saya menjadi ahli keluarga ABDR, hampir terlewat untuk menulis review buku dan review kelas. Tapi tak mengapa, bak kata pepatah: "Better late than never" Entah betul entah tidak Bahasa Inggeris saya.
Pada asalnya saya menghubungi Puan Masayu setelah mendapat tahu daripada kakak saya tentang kisah Puan Pengetua ABDR yang berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Saya mulai mencari info dan maklumat. Saya pendamkan hasrat untuk menghubungi beliau kerana pada masa itu saya agak sibuk dengan kelas tuisyen yang silih berganti dan tak pernah putus. Faktor lain ialah capaian internet pada masa itu (awal tah…

TERHARU.

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: Faizah Yusoff
#Entri 73

Terasa macam nak berkongsi cerita cinta pula bila letak tajuk terharu. Ya, kisah cinta saya pastinya dengan kelas-kelas tuisyen saya yang memang ada saja cerita pelajar-pelajar kesayangan saya.

Beberapa malam lepas, pelajar saya ada tanya, ''teacher nak tak kalau saya buatkan hadiah untuk teacher? saya buat sendiri tau." Saya senyum sambil anggukkan kepala. Malas nak jawab panjang nanti makin panjang cerita dia sebab pelajar yang sorang ni memang 'clever boy'. Ada saja ayat pancing dia nak bagi saya kurangkan latihan matematik dia yang memang saya suruh buat banyak-banyak. Hehe.

Dan malam seterusnya, tengok lah apa yang saya dapat....jeng jeng jeng....
Inilah hadiah key-chain buatan sendiri pelajar saya. Hehe

Dan mula-mula saya baca, TO FAIZAH... Sekali pelajar saya sebut dia tulis I love faizah sebenarnya. Tiba-tiba rasa terharu, sebabnya dia adalah pelajar saya yang memang nakal. Sangat bencikan matematik dan mema…

MATEMATIK OH MATEMATIK

Image
TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 72



Ini pelajar saya. Selain mengajar adik dan anak-anak saudara saya, dia memang akan ada bersama. Sejak tahun lepas dia menjadi pelajar tetap saya, hampir setiap malam. Nakal tapi rajin belajar. Alhamdulillah. Subjek utama yang memang dia agak 'benci' ialah tak lain tak bukan MATEMATIK! Hujung tahun lepas pun masih di tahap lemah. Saya cukup bimbang dengan pencapaiannya. Kadang-kadang rasa gagal bagi dia faham dengan baik. Mungkin dia lebih faham semasa bersama saya bila di kelas dia lupa-lupa.  Tapi saya perhatikan, cara jawab sudah ada, teknik sudah betul tapi kelemahan utama ialah  'nak siap jawab cepat'.
Saya cukup yakin, mesti ramai guru matematik di sekolah ataupun yang menjadi guru tuisyen hari ini bersetuju dengan saya.  Pelajar hari ini memang kebanyakannya  NAK JAWAB SOALAN CEPAT-CEPAT. Dan kesannya, mereka akan baca soalan sambil lewa dan tidak cermat semasa menyalin soalan dan membuat jalan kira. Tak kiralah pelajar sekolah renda…

USTAZ MUSTAFA AL-JIASI

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 71


Perginya seorang murabbi. Alfatihah.  Hari ini 24 Januari 2016, seorang murabbi ummah gugur menemui Sang Pencipta. Innalillahiwainnailaihiroji'un...
Ustaz Mustafa Aljiasi ialah pengarang kitab Mengenal Diri dan Wali Allah tarikat Ahmadiah telah kembali ke rahmatullah pada jam. 11.37 mlm tadi di Kota Bharu Kelantan. Alfatihah.
Kenapa saya berminat menulis tentang beliau? Kerana beliau ialah seorang guru. Penyebar ilmu dan setiap yang menyebarkan ilmu walau satu ayat itulah yang dinamakan 'guru'.
Ayah saya pagi-pagi lagi balik awal dari 'mengeteh'. Katanya ada kematian. Seorang ulamak tarekat. Penulis buku tarekat .

Kalau tak silap saya ini buku versi rumi. Rupanya setiap pelosok negeri mengenali beliau. Hebatnya aura seorang 'guru'. Kata abang saya pula, berita kematian guru ini diperoleh dari seorang sahabat di Johor. Masya'Allah, sungguh ilmu ini satu perkara ajaib yang Allah berikan kepada manusia. 

FAHAMKAN ASAS MATEMATIK

Image
TEKS & FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 70

Sudah lama saya tak berkongsi tentang kaedah dan teknik mengajar 'hometuition'. Kebelakangan ini kelas agak padat dan kekangan internet yang entah kenapa kadang-kadang ada kadang-kadang ghaib tak dapat dikesan. Tapi tak mengapa saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi di laman ini. Buat rujukan suri yang ingin menjana pendapatan sampingan sebagai cikgu tuisyen atau sekadar ibu yang ingin mengajar sendiri anak tersayang.
Untuk mata pelajaran matematik, isu utama pelajar ialah kurang latihan berterusan dan tidak menguasai dengan baik konsep yang dipelajari. Oleh itu, saya mulai sesi pembelajaran saya bersama pelajar dengan memperkemas konsep tambah, tolak, bundar, bahagi dan darab. Ini adalah asas matematik sekolah rendah yang paling penting untuk pelajar kuasai.
Di bawah antara contoh soalan yang memang saya wajibkan pelajar saya buat setiap kali kelas.



Pelajar saya selalu mengeluh, katanya mudah sangat. Saya tetap akan suruh buat da…

KEMPEN CINTA RASULULLAH

Image
TEKS & FOTO :Faizah Yusoff #Entri 69


Assalamualaikum warga Bangi dan Kajang, anda dijemput untuk memeriahkan Sambutan Maulidurrasul bertempat di SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 21 Januari 2016 iaitu esok ya... Boleh dengar bicara orang bijak ni sekejap pun terasa lain dah ya... PU Amin ni adalah bekas Pencetus Ummah yang memang ada aura tersendiri sebagai seorang penceramah muda.  Semoga bermanfaat.

SAYA YANG DAHULU.

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 68
Catatan hari ini. Sesi sekolah bermula.
Jadual saya turut berubah sudah... Hari ini pukul 4 petang kelas di rumah pelajar. Dan bersambung di sebelah malam pula. Alhamdulillah, sungguh rezeki dari-Mu tak pernah putus.
Dalam hati, saya pasangkan niat untuk teruskan usaha membantu pelajar yang lemah dalam matematik, subjek yang pernah saya benci  satu ketika dulu.  Bila teringat zaman sekolah rendah, saya cukup tak suka matematik. Cikgu saya masa Darjah 6 namanya Cikgu Omar, apa khabar beliau sekarang agaknya? Cikgu Omar memang jenis lucu, suka berleter dalam kelas tapi sungguh kami semua sayangkan beliau. Sangat baik dan lucu sekali. Saya dapat 4A 1B dalam UPSR. Sudah tentu lah B Matematik.  Saya pun tak tahu di mana silap saya, semasa latihan dalam kelas, memang saya boleh buat sebaiknya, siap tukang ajar kawan-kawan lain pula. Tapi bila peperiksaan mesti tak dapat A, B sahaja tahap saya semasa sekolah rendah.
Lain isu pula bila melangkah ke sekolah menen…

TUISYEN RM10

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 67




















Semalam adalah Jumaat kedua dalam Tahun 2016. Saya sudah mulakan Tuisyen RM10 saya, kalian bagaimana pula? Sebenarnya, ini satu kaedah tuisyen yang mudah untuk dipraktikkan.  Sekali datang, sekali bayar. Kalau tak datang, tak payah bayar. Sebabnya, di zaman yang serba canggih manggih ni, nilai RM10 seperti RM1. kalau dahulu, nak minta RM10 dengan mak, mesti mak bagi alasan ''cuba minta pada ayah''. Bagaikan RM100 bila si anak mintakan RM10. Sekarang, buka saja kelas tuisyen RM10 tapi pastikan ada yang pelajar peroleh dan berbaloi dengan harga yang dibayar. RM10 untuk satu sesi tuisyen di rumah anda? Tanpa ke mana-mana. Sambil tunggu waktu Asar pun boleh dibuat kelas sekejap.  Mudah dan praktikal.
Saya sudah mulakan kelas tuisyen RM10 sejak awal tahun lepas. Saya macam tak sampai hati juga walaupun ada yang kata sudah murah sangat. Akhirnya, dek kerana terasa tersekat di hati, saya usahakan bahan mengajar dengan membek…

KELAS ASAS MATEMATIK SPM 2016

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 66

Dalam bulan lepas, saya mula dihubungi oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Khabarnya, SPM tahun ini agak mencabar mungkin kerana wujudnya soalan-soalan KBAT atau jenis soalan yang memerlukan kemahiran berfikir yang agak tinggi. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar ini sudah tidak senang duduk. Seperti biasa, mereka hubungi saya untuk kelas tuisyen individu Matematik.

Alhamdulillah, kertas soalan untuk Kelas Asas sudah siap untuk minggu pertama di bulan Januari 2016.


Saya akan mulakan dengan tajuk-tajuk dari Tingkatan 1-3 yang akan disoal juga dalam soalan SPM, dan tumpuan saya ialah pelajar mampu kemaskan pemahaman konsep dan boleh menjawab 'pattern' soalan SPM. Sebetulnya, soalan-soalan yang bakal ditanya mungkin dah boleh diagak tapi memerlukan latihan berpanjangan. Berbeza dengan pelajar hari ini yang gemar 'simpan' apa yang mereka faham. Bila sudah faham di sekolah, mereka mula senang hati dan bera…

MAAHAD DI HATI...

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 65

Cuti sekolah sudah berakhir di Kelantan. Hari ini saya menemani anak saudara yang pertama kali ke pasti. Pasti Al-Hidayah. Juga tempat saya mula-mula mengenal huruf dan belajar berdoa. Rindu betul zaman itu. Nak makan baca doa, siap makan baca doa, nak balik cikgu akan bekalkan satu doa setiap seorang, kena ingat dan tiap-tiap hari cikgu akan panggil secara rawak siapa yang dah ingat doa, boleh ke depan dan baca kuat-kuat. Alangkah bangganya hati bila kita seorang saja yang ingat, rakan-rakan lain masih termanggu-manggu sebab asyik lupa hafal. Semuanya tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup saya. 
Hari ini saya sudah mula siapkan tugasan untuk kelas Tuisyen Asas Matematik saya. Penat memang agak penat buat soalan, nak bagi pelajar faham dengan konsep dan tajuk apa yang memang kerap kali pelajar buat kesalahan. Nanti bila dah siapkan modul tersebut saya tunjukkan kat sini Insya'Allah. Teristimewa buat anak pelajar saya saja s…

KERJA SENDIRI vs KERJA MAKAN GAJI

Image
TEKS : Faizah Yusoff

Hari ini, sampai naik 'hang' telefon sebab mesej-mesej di 'group whatsapp' yang bertubi-tubi. Semua orang tak lupa saling mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan-rakan yang lain. Semalam, seorang rakan baik saya tiba-tiba menghantar mesej di 'group whatsapp' geng maahadian dahulu. Beliau baru memulakan tugas sebagai seorang doktor di Hospital Besar Kota Bharu (HPRZ).
Katanya,  ''aku sedih sebab tak rasa apa yang aku buat ni adalah satu perkara yang aku minat atau tak''.
Kami yang lain mulai berikan beliau kata-kata semangat supaya terus bertahan. Mana-mana kerja ada tekanan dan bebanan tugas masing-masing. Dan kita tak akan diuji dengan bemda yang tak mampu kita tahan.
Dan sebenarnya, saya pernah berada di tahap beliau sekarang. Cuma saya merasakan lebih awal perasaan itu. Pernah satu ketika saya rasakan, sebenarnya apa yang saya mahukan dalam hidup ini? Saya tahu ramai graduan yang masih menganggur di luar sana, yang mas…