Posts

Showing posts from January, 2016

TERHARU.

Image
TEKS: Faizah Yusoff
FOTO: Faizah Yusoff
#Entri 73

Terasa macam nak berkongsi cerita cinta pula bila letak tajuk terharu. Ya, kisah cinta saya pastinya dengan kelas-kelas tuisyen saya yang memang ada saja cerita pelajar-pelajar kesayangan saya.

Beberapa malam lepas, pelajar saya ada tanya, ''teacher nak tak kalau saya buatkan hadiah untuk teacher? saya buat sendiri tau." Saya senyum sambil anggukkan kepala. Malas nak jawab panjang nanti makin panjang cerita dia sebab pelajar yang sorang ni memang 'clever boy'. Ada saja ayat pancing dia nak bagi saya kurangkan latihan matematik dia yang memang saya suruh buat banyak-banyak. Hehe.

Dan malam seterusnya, tengok lah apa yang saya dapat....jeng jeng jeng....
Inilah hadiah key-chain buatan sendiri pelajar saya. Hehe

Dan mula-mula saya baca, TO FAIZAH... Sekali pelajar saya sebut dia tulis I love faizah sebenarnya. Tiba-tiba rasa terharu, sebabnya dia adalah pelajar saya yang memang nakal. Sangat bencikan matematik dan mema…

MATEMATIK OH MATEMATIK

Image
TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 72



Ini pelajar saya. Selain mengajar adik dan anak-anak saudara saya, dia memang akan ada bersama. Sejak tahun lepas dia menjadi pelajar tetap saya, hampir setiap malam. Nakal tapi rajin belajar. Alhamdulillah. Subjek utama yang memang dia agak 'benci' ialah tak lain tak bukan MATEMATIK! Hujung tahun lepas pun masih di tahap lemah. Saya cukup bimbang dengan pencapaiannya. Kadang-kadang rasa gagal bagi dia faham dengan baik. Mungkin dia lebih faham semasa bersama saya bila di kelas dia lupa-lupa.  Tapi saya perhatikan, cara jawab sudah ada, teknik sudah betul tapi kelemahan utama ialah  'nak siap jawab cepat'.
Saya cukup yakin, mesti ramai guru matematik di sekolah ataupun yang menjadi guru tuisyen hari ini bersetuju dengan saya.  Pelajar hari ini memang kebanyakannya  NAK JAWAB SOALAN CEPAT-CEPAT. Dan kesannya, mereka akan baca soalan sambil lewa dan tidak cermat semasa menyalin soalan dan membuat jalan kira. Tak kiralah pelajar sekolah renda…

USTAZ MUSTAFA AL-JIASI

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 71


Perginya seorang murabbi. Alfatihah.  Hari ini 24 Januari 2016, seorang murabbi ummah gugur menemui Sang Pencipta. Innalillahiwainnailaihiroji'un...
Ustaz Mustafa Aljiasi ialah pengarang kitab Mengenal Diri dan Wali Allah tarikat Ahmadiah telah kembali ke rahmatullah pada jam. 11.37 mlm tadi di Kota Bharu Kelantan. Alfatihah.
Kenapa saya berminat menulis tentang beliau? Kerana beliau ialah seorang guru. Penyebar ilmu dan setiap yang menyebarkan ilmu walau satu ayat itulah yang dinamakan 'guru'.
Ayah saya pagi-pagi lagi balik awal dari 'mengeteh'. Katanya ada kematian. Seorang ulamak tarekat. Penulis buku tarekat .

Kalau tak silap saya ini buku versi rumi. Rupanya setiap pelosok negeri mengenali beliau. Hebatnya aura seorang 'guru'. Kata abang saya pula, berita kematian guru ini diperoleh dari seorang sahabat di Johor. Masya'Allah, sungguh ilmu ini satu perkara ajaib yang Allah berikan kepada manusia. 

FAHAMKAN ASAS MATEMATIK

Image
TEKS & FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 70

Sudah lama saya tak berkongsi tentang kaedah dan teknik mengajar 'hometuition'. Kebelakangan ini kelas agak padat dan kekangan internet yang entah kenapa kadang-kadang ada kadang-kadang ghaib tak dapat dikesan. Tapi tak mengapa saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi di laman ini. Buat rujukan suri yang ingin menjana pendapatan sampingan sebagai cikgu tuisyen atau sekadar ibu yang ingin mengajar sendiri anak tersayang.
Untuk mata pelajaran matematik, isu utama pelajar ialah kurang latihan berterusan dan tidak menguasai dengan baik konsep yang dipelajari. Oleh itu, saya mulai sesi pembelajaran saya bersama pelajar dengan memperkemas konsep tambah, tolak, bundar, bahagi dan darab. Ini adalah asas matematik sekolah rendah yang paling penting untuk pelajar kuasai.
Di bawah antara contoh soalan yang memang saya wajibkan pelajar saya buat setiap kali kelas.



Pelajar saya selalu mengeluh, katanya mudah sangat. Saya tetap akan suruh buat da…

KEMPEN CINTA RASULULLAH

Image
TEKS & FOTO :Faizah Yusoff #Entri 69


Assalamualaikum warga Bangi dan Kajang, anda dijemput untuk memeriahkan Sambutan Maulidurrasul bertempat di SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 21 Januari 2016 iaitu esok ya... Boleh dengar bicara orang bijak ni sekejap pun terasa lain dah ya... PU Amin ni adalah bekas Pencetus Ummah yang memang ada aura tersendiri sebagai seorang penceramah muda.  Semoga bermanfaat.

SAYA YANG DAHULU.

TEKS : Faizah Yusoff
#Entri 68
Catatan hari ini. Sesi sekolah bermula.
Jadual saya turut berubah sudah... Hari ini pukul 4 petang kelas di rumah pelajar. Dan bersambung di sebelah malam pula. Alhamdulillah, sungguh rezeki dari-Mu tak pernah putus.
Dalam hati, saya pasangkan niat untuk teruskan usaha membantu pelajar yang lemah dalam matematik, subjek yang pernah saya benci  satu ketika dulu.  Bila teringat zaman sekolah rendah, saya cukup tak suka matematik. Cikgu saya masa Darjah 6 namanya Cikgu Omar, apa khabar beliau sekarang agaknya? Cikgu Omar memang jenis lucu, suka berleter dalam kelas tapi sungguh kami semua sayangkan beliau. Sangat baik dan lucu sekali. Saya dapat 4A 1B dalam UPSR. Sudah tentu lah B Matematik.  Saya pun tak tahu di mana silap saya, semasa latihan dalam kelas, memang saya boleh buat sebaiknya, siap tukang ajar kawan-kawan lain pula. Tapi bila peperiksaan mesti tak dapat A, B sahaja tahap saya semasa sekolah rendah.
Lain isu pula bila melangkah ke sekolah menen…

TUISYEN RM10

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 67




















Semalam adalah Jumaat kedua dalam Tahun 2016. Saya sudah mulakan Tuisyen RM10 saya, kalian bagaimana pula? Sebenarnya, ini satu kaedah tuisyen yang mudah untuk dipraktikkan.  Sekali datang, sekali bayar. Kalau tak datang, tak payah bayar. Sebabnya, di zaman yang serba canggih manggih ni, nilai RM10 seperti RM1. kalau dahulu, nak minta RM10 dengan mak, mesti mak bagi alasan ''cuba minta pada ayah''. Bagaikan RM100 bila si anak mintakan RM10. Sekarang, buka saja kelas tuisyen RM10 tapi pastikan ada yang pelajar peroleh dan berbaloi dengan harga yang dibayar. RM10 untuk satu sesi tuisyen di rumah anda? Tanpa ke mana-mana. Sambil tunggu waktu Asar pun boleh dibuat kelas sekejap.  Mudah dan praktikal.
Saya sudah mulakan kelas tuisyen RM10 sejak awal tahun lepas. Saya macam tak sampai hati juga walaupun ada yang kata sudah murah sangat. Akhirnya, dek kerana terasa tersekat di hati, saya usahakan bahan mengajar dengan membek…

KELAS ASAS MATEMATIK SPM 2016

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
#Entri 66

Dalam bulan lepas, saya mula dihubungi oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Khabarnya, SPM tahun ini agak mencabar mungkin kerana wujudnya soalan-soalan KBAT atau jenis soalan yang memerlukan kemahiran berfikir yang agak tinggi. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar ini sudah tidak senang duduk. Seperti biasa, mereka hubungi saya untuk kelas tuisyen individu Matematik.

Alhamdulillah, kertas soalan untuk Kelas Asas sudah siap untuk minggu pertama di bulan Januari 2016.


Saya akan mulakan dengan tajuk-tajuk dari Tingkatan 1-3 yang akan disoal juga dalam soalan SPM, dan tumpuan saya ialah pelajar mampu kemaskan pemahaman konsep dan boleh menjawab 'pattern' soalan SPM. Sebetulnya, soalan-soalan yang bakal ditanya mungkin dah boleh diagak tapi memerlukan latihan berpanjangan. Berbeza dengan pelajar hari ini yang gemar 'simpan' apa yang mereka faham. Bila sudah faham di sekolah, mereka mula senang hati dan bera…

MAAHAD DI HATI...

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Carian Google
#Entri 65

Cuti sekolah sudah berakhir di Kelantan. Hari ini saya menemani anak saudara yang pertama kali ke pasti. Pasti Al-Hidayah. Juga tempat saya mula-mula mengenal huruf dan belajar berdoa. Rindu betul zaman itu. Nak makan baca doa, siap makan baca doa, nak balik cikgu akan bekalkan satu doa setiap seorang, kena ingat dan tiap-tiap hari cikgu akan panggil secara rawak siapa yang dah ingat doa, boleh ke depan dan baca kuat-kuat. Alangkah bangganya hati bila kita seorang saja yang ingat, rakan-rakan lain masih termanggu-manggu sebab asyik lupa hafal. Semuanya tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup saya. 
Hari ini saya sudah mula siapkan tugasan untuk kelas Tuisyen Asas Matematik saya. Penat memang agak penat buat soalan, nak bagi pelajar faham dengan konsep dan tajuk apa yang memang kerap kali pelajar buat kesalahan. Nanti bila dah siapkan modul tersebut saya tunjukkan kat sini Insya'Allah. Teristimewa buat anak pelajar saya saja s…

KERJA SENDIRI vs KERJA MAKAN GAJI

Image
TEKS : Faizah Yusoff

Hari ini, sampai naik 'hang' telefon sebab mesej-mesej di 'group whatsapp' yang bertubi-tubi. Semua orang tak lupa saling mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan-rakan yang lain. Semalam, seorang rakan baik saya tiba-tiba menghantar mesej di 'group whatsapp' geng maahadian dahulu. Beliau baru memulakan tugas sebagai seorang doktor di Hospital Besar Kota Bharu (HPRZ).
Katanya,  ''aku sedih sebab tak rasa apa yang aku buat ni adalah satu perkara yang aku minat atau tak''.
Kami yang lain mulai berikan beliau kata-kata semangat supaya terus bertahan. Mana-mana kerja ada tekanan dan bebanan tugas masing-masing. Dan kita tak akan diuji dengan bemda yang tak mampu kita tahan.
Dan sebenarnya, saya pernah berada di tahap beliau sekarang. Cuma saya merasakan lebih awal perasaan itu. Pernah satu ketika saya rasakan, sebenarnya apa yang saya mahukan dalam hidup ini? Saya tahu ramai graduan yang masih menganggur di luar sana, yang mas…