Posts

Showing posts from April, 2017

You Can!

Image
TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 88

Alhamdulillah. Sekarang diari harian saya memang tak menentu. Masih lagi diberi peluang untuk menguruskan tuisyen. Sekarang, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 8.30 saya akan mulakan kelas latih tubi sekolah rendah selama 2 jam. Setakat ni saya memang 'handle' sendiri bersama seorang pembantu.  Sekarang, saya buka kelas untuk sekolah rendah bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan jumlah pelajar untuk satu sesi 20 orang, saya cuba yang terbaik. Kali ini agak mencabar kerana saya berhadapan dengan jumlah yang agak besar dan mereka berbeza tahap. Ada yang masih tak mampu membaca.  Saya letakkan dalam kelas yang sama sahaja kali ini. Cuma bagi pelajar tahap 1, iaitu murid Tahun 1,2 dan 3 saya letakkan dalam kumpulan kecil di belakang kelas dan di selia oleh seorang pembantu. Saya pula akan bergilir-gilir ke Tahap 1 dan Tahap 2. Sebolehnya setiap pelajar harus dipantau. leh sebab itulah saya cuba hadkan bilangan pelajar. J…