Aktiviti atau latihan terbaik untuk pelajar?

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : -
Entri 90

Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan saya tinggalkan medan menulis ini, kini mungkin ada sedikit ruang untuk berkongsi idea dengan sahabat2 tutor yang yakin dah nak mulakan karier sebagai seorang pendidik. Karier sebagai hometutor. Saya respek sahabat2 tutor yang memang berjiwa pendidik. saya tahu mesti korang sangat bersemangat dan kadang-kadang ada pelajar yang agak lemah korang akan cuba sehabis daya supaya dia tak ketinggalan.

Sedikit perkongsian saya ada mempunyai pelajar yang sudah di Tahun 3 tapi tak mampu membaca. Sampaikan saya terpaksa bagi latihan yang sama level dengan pelajar Tahun 1 atau Tahun 2. Kadang-kadang risau juga memikirkan apa yang bakal saya hadap bila parent tanya tentang progress atau latihan yang saya berikan. Tapi saya nekad untuk terus bagi latihan ikut level dia. Bukan level Tahun 3. Akhirnya, saya beranikan diri juga berjumpa ibu pelajar berkenaan dan suarakan tentang worksheet yang saya berikan. Alhamdulillah,  beliau terima cara saya dengan baik memandangkan katanya memang anaknya sudah ketinggalan di dalam kelas. Dan dari mengeja seketul-seketul perkataan masa awal dia join kelas saya, akhirnya dia berjaya membaca tanpa mengeja. Hampir dua bulan juga walaupun kelas cuma dua hari seminggu, Alhamdulillah ada peningkatan.

Pada awalnya saya juga buntu memikirkan apa buku yang terbaik untuk pelajar. Publisher apa yang terbaik. Tapi semakin lama berada dalam dunia tutoring saya mula sedar, kenali dulu pelajar dan tahu peringkat mana dia sebenarnya dia berada. Dan buku sekadar bahan tambahan kadang-kadang aktiviti daripada idea anda sendiri juga boleh digunakn. Terutamanya apabila anda terlibat dengan pelajar sekolah rendah. Saya juga pernah mengalami situasi di mana pelajar saya mulai jeu dengan latihan dalam buku yang sama. Padahal hampir 4-5 buku juga saya gunakan untuk pelajar itu sahaja.
Akhirnya saya cuba guna daya imaginasi beliau, saya keluarkan sehelai kertas putih dan mahu dia senaraikan dan ambil barang-barang sekeliling yang dia tahu istilah bahasa inggeris.Contohnya, ball, spoon, toys dan seterusnya. Selamat mencuba =)

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MELETAKKAN HARGA

IDEA BUKA PUSAT TUISYEN

TIPS HEBAT MENJADI TUTOR HEBAT