Posts

Showing posts from June, 2018

SELAMAT HARI RAYA 2018

assalamualaikum dan salam sejahtera... tahun baru dengan imej baru. hampir setahun saya tinggalkan medan blogging, sebab masa yang amat-amat terhad. (betul ke tak bahasa 'amat-amat' tu.erk.)  sebelum terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat yang tersinggah di laman saya ini. sepanjang beberapa tahun terlibat dengan bidang pengajaran berkonsepkan 'hometuition' ini pelbagai dugaan dan cabaran yang saya hadap. hanya mereka yang benar-benar kuat sahaja mampu bertahan. ni bukanlah bermakna saya ni cukut kuat semangat, tapi bidang 'kerja-sendiri' ni amat lah menekan terutamanya jika anda berada di kampung seperti saya. kenapa? sebab anda kena ready menghadapi makcik bawang. erk. tapi, percayalah, selagi kita ikhlas, rezeki ada di mana-mana.  lagipun siapa yang percaya, bina kerjaya sebagai hometutor ni mampu meraih pendapatan lumayan dengan masa yang fleksible? hanya yang mengalaminya yang akan tahu.